November 17, 2011

Aloha Che' Awang


Selain Johnny si ikan emas yang kami pelihara, kini sudah ada newcomer bernama Che’ Awang. Beliau adalah spesis TUPAI TERBANG atau nama glamournye SUGAR GLIDER. Che’ Awang [CA - maleh nak ulang taip pepanjang] ni actually hadiah dari MIL buat anak bucuknye – my hubby sempena his besday coming soon =) 

Seumur hidup aku ini yang pertama.. Eh, itu lagi Ukays. Seumur idup aku blum pernah tengok secara live spesis nih. Memang tau kewujudan tupai terbang, tapi tak sangka lak ade orang bela jadikan pet. Tapi serius cute spesis nih.. Keciknye macam hamster tapi dia lagi hensem sebab boleh terbang. Kau mampu ke hamster?? Asal-usulnye dari Australia, kat Indon pun ade jugak. Tapi kat Malaysia ni pun boleh jek hidup.. Dah ramai pun yang bela [baru aku tau huhu]. Owner asal CA nih memang biakkan untuk buat bisnes. Masyuk jugak sebab harga pasaran boleh tahan mahal. CA ni masih baby, baru je jenguk keluar dari poket mommy nye. Yup, spesis nih macam kangaroo, mommy ade poket untuk simpan duit anaknye. So masa baru lahir anak tu duk terperap dalam kantung mommy, dah besar baru dia kluar.

For the time being mr.hubby sedang dalam proses menjinakkan CA nih. Diorang nih kalau dah jinak memang boleh bawak jenjalan, siap boleh menempek atas bahu kite. Letak dalam poket pun boleh.. Cute kan? Tapi CA belum lagi.. asik menjerit aje kalau dipegang. Suaranye sangat pelik, susah aku nak describe. Macam bunyi game rosak pun ade haha. Nyaring tak padan dengan kecik! SG ni pun tak sebusuk dan sehancing hamster tau. Poopoo die kecik jek macam cicak punye. Tak payah nak beli serbuk kayu bagai. Alas dengan paper jek sudah.


Che' Awang enterprem. Tu sebenarnye bekas makanan dia - dia blasah duk dalam tu. Sukati kau lah Awang..

Posing sambil makan roti dalam rumah - top floor. Makanannye roti dan buah-buahan. So kos sara hidupnye tak tinggi sangat la.. [Phew!]

Kat ground floor ade merry go round. Untuk kecergasan badan dan minda CA. Maklum le rumah kecik, tak boleh nak terbang. Lari-lari ajelah yek.

Kalau dapat masuk rumah susah betul dia nak keluar. Betul punya konsep rumahku syurgaku.


So to Mr. Hubby, selamat menjaga dan menanggung ini newbie.. Dengan ingatan tulus ikhlas; jangan lupe bini sudah... Huehueh.


November 06, 2011

6 November


Tarikh yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 

Setahun yang lalu - waktu hampir tengah malam - aku dapat panggilan dan perkhabaran paling mendukacitakan dari Abah: Mak dah takde. Aku rasa macam dalam mimpi; sebab masa dapat call tu memang aku dah terlelap dah pun. Tapi bila dengar Abah meraung-raung duk ulang cakap "Mak dah takde Jai, Mak dah takde..!" - then aku sedar, itu BUKAN mimpi lagi. Sepanjang hidup aku, jarang/susah aku nak tengok Abah menangis, apetah lagi meraung-raung camtu. Bayangkan lah perasaan aku pada masa tu.. Memang buat aku trauma. Aku sendiri susah nak percaya, apetah lagi nak bagitau pada adik-adik yang kat kampung sana. Aku BLUR.. yang tersangat. Hilang punca tetiba. Apa aku nak buat ni?? Macamana pulak dengan Abah yang dah sensorang kat sana?? Macamana pulak adik-adik kat sini?? Ye ke Mak dikebumikan kat sana?? Dah tu macamana kami nak tengok jenazah Mak buat kali terakhir....?? Ya ALLAH... Beratnya dugaan-Mu..

Mr. Hubby ajak balik Perak malam tu jugak [1:00am sebenarnya], sebab adik-adik berkumpul kat rumah sana [masa tu cuti sekolah]. Otw ke Perak tu kami singgah Subang, rumah makcik sebab Opah pun nak ikut balik sekali. Kesian Opah.. Bayangkanlah perasaan seorang ibu bila dapat tahu anak sulungnya pergi secara tiba-tiba... Nun jauh beribu batu pulak tu.. Sepanjang 8 jam perjalanan tu air mata ni tak pernah kering. Antara hakikat yang kena percaya, tapi hati masih kuat menafikan.  

Mak Mak Mak.. Pergimu tanpa pesan. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mak sihat-sihat aja. Cuma yang aku perasan Mak makin kurus dan selera makannya kurang. Mak dah tak selera nak makan nasi, tu sebab badannya makin kurus. Ramai sedara-mara dan kengkawan Mak tegur badannya makin susut. Teringat lagi Mak bebel-bebel, "dulu masa Mak gemuk orang heboh kata gemuk, sekarang dah kurus pun heboh jugak!" Hehe. Aku cakap lantak le diorang cakap-cakap tu, asalkan Mak tu kurus sihat, bukan kurus sakit. "Mak sihat aje..." Sedap hati mendengarnya.

Sekarang ni aku beransur untuk menerima kenyataan yang Mak memang dah takde. Kami adik-beradik yang langsung tak dapat menatap jenazah Mak buat kali terakhir ni anggap macam Mak tu pergi ke Mekah dan tak balik-balik dah lepas tu. Mak "hidup" kat sana. Entah lah.. Macamana mudah kami nak terima kehilangan Mak tu sekelip mata? Cakap memang senang suruh bersabar, yang mengalaminya ni macam-macam difikiran. Tapi of course lah kita sebagai hambaNya kena redha, Dia planner yang terbaik. Tengok, Dia jemput Mak pun di tempat yang paling baik kan. ALLAH Maha Besar! Dan dengan itu juga hambaMu yang kerdil ini dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci melihat keagungan Baitullah-Mu. Alhamdulillah!

Mak, walau beribu berjuta tahun pun Mak meninggalkan kami, kasih sayangmu TETAP abadi dalam diri ini. Tanpa Mak kami tak akan mengecapi keindahan hidup hingga saat ini. Tenanglah Mak di sana, semoga kita dipertemukan semula di alam yang abadi kelak.. Amin.


 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez