October 28, 2010

Panggilan Haji


Tanggal 25 Oktober 2010 merupakan hari keberangkatan Ayahanda & Bonda tercinta ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kedua mereka ke sana lagi buat kali yang kedua. Syukur.

 

Di Kelana Jaya - sebelum daftar masuk ke dewan untuk taklimat & terus ke KLIA. Ekspresi wajah menahan sedih ;(  

Semoga Mak & Abah sihat di sana, selamat pergi dan kembali serta mendapat Haji yang mabrur. AMIN.

Narrator : Mohd Roslyzam / En. Asben


Nota akhir kalam: Rindu tak terkira.

October 22, 2010

Travel & Living : Pasir Gudang


Entri terperam. Imbuhan ter bermaksud tidak sengaja.

Episod kali ni berkunjung ke rumah bujang my 2nd bro a.k.a Cikgu Amir kat Taman Mawar, Pasir Gudang. Ni first time kami melakukan kunjungan hormat - sebelum ni dia & housemate duk kat kuarters guru. Tapi sebab 'otai' kat umah kuarters tu pulak buat hal di luar kewarasan fikiran; baik diorang blah duk rumah sewa. Aman sentosa hidup.

Dah sampai. Eh, tetiba terus sampai.

Cikgu merangkap petani berjaya. Rumah haku pun takde pokok cili weh.

 Tuan rumah sibuk menyediakan juadah lunch. Isyh susah-susaaah aje.. Ngehngeh.

Wooohoo.. lunch di rumah cikgu bujang memang superb..! 
Menu: Asam pedas ayam, kobis goreng, sambal bilis, telur dadar. Wooohooo lagi.

Memang ho liaw hohoho.. Tu chef kat sebelah - cikgu Zaidi. Thumb up!

Feeling-feeling bujang.. Bujang expired. Haha.

Balik Skudai kenyang perut suka hati :) Syukran yaa tuan rumah!

October 20, 2010

Maghi Menaghi


Relax jap layan dancing animation yang comei nih.. Whoah abang spidey, ala-ala ballerina gituh. 

Tapi I pilih yang ni.. laagi comei youu

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gabungan elemen seksi - kelakar - seram


Nota kakiku: Baru ku tau Lisa Sughirihani tu pelat R rupenye.. Dah macam cakap oghang Peghancis, ate udoh macam cakap oghang Peghak pun ye juge!

October 08, 2010

Kisah Encik Robert


Sesi terapi minda-jiwa-raga.



~ Demikianlah kisah tragis sejarah pencarutan oleh Encik Robert da pioneer ~

October 05, 2010

My Mini Open House


Cerita berikut sepatutnya diceritakan pada hari kejadian iaitu 30 September bersamaan 21 Syawal yang lalu. Tapi cuma kali ni yang berkesempatan. Entri terkebelakangan. Kira oklah masih lagi dalam bulan raya, bulan open house.

Alhamdulillah, acara nak menjamu GENG RAYA tahun ni sukses. Macam tahun-tahun sebelumnya jugak. Sukses maksudnya tak berlaku kekurangan makanan yang membuatkan tetamu pulang dengan perut tak berapa nak penuh, hati pun sakit [uih, mintak dijauhkan...].

Maklum la, walaupun konsep "mini" tapi yang datang 20+ jugak la.. Semua yang datang secara berduet. Plus anak-anak lagi. Mana haku tak risau takut makanan tak cukop. Kalau tak cukop kena mintak brader kedai makan la tolong coverkan huehueh.

Stock pot yang berjasa. Hadiah perkahwinan.
Kepada yang menghadiahkan laaagi berjasa [my aunty]. TQ! :)

Menu utama mihun tomyam. Syukur ada stock pot tersebut. Memang molek sangatlah nak masak kuah tomyam dalam tu..

The main menu, mihun tomyam. Purposely buat edisi tak pedas sangat sebab ramai budak-budak pun nak makan.

Plus chicken nugget & tembikai. Not to forget kuih raya.

Gandingan semua juadah sebelum acara.
Kuah tomyam belum digandingkan lagi. Tengah dipanaskan.

Sampai saat ni je sempat ambil gambar. Masa tetamu datang tak berkesempatan nak snap barang sekeping dua. Tuan rumah hubby wifey sangat busy melayan para tetamu. Kali ni guna mangkuk, sudu dan cawan yang edisi pakai buang. Tak payah ada sesi basuh-membasuh pinggan mangkuk yang berlambak dan berkemungkinan tak cukup. Bibik pun tak ada [ceh, tak pernah ada pon].
Malam tu lepas settle semua memang lepak [lepak penat, bukan lepak santai]. Tapi berbaloi-baloi

October 04, 2010

Wayang : Magika


Menonton sambil menyanyi lalala.. ♫ ♪ ♫

Kami sudah bermagis dengan filem Magika on last Saturday nite fever. Asalnya cuak jugak bercampur was-was nak pergi berwayang dengan persoalan bermain di benak jiwa - berbaloi-baloi ke? Kalau menyesal boleh claim duit tiket tak? Eh, mana boleh. Semua tu adalah pengajaran dari wayang Jin Notty. Sumpah tak best langsung!

"Haa tu la tengok lagi pelem Melayu.." Jawapan standard bila daku berkongsi cerita penyesalan dengan kawan-kawan di opis.
So sebelum gi tengok filem ni daku buat survey dulu kat a few friends yang dah tengok and the feedback was good.

So Magika ni tak menghampakan. Kami keluar wayang dengan memek muka yang tidak berkerut-kerut dan mulut tidak menyumpah-seranah. Haha. Jalan cerita ada. Animation pun mantop. Sang heroin, DD lunak merdu suaranye. Mawi jangan cakaplah. Semua actors & actresses pandai menyanyi [sebab kebanyakannya memang penyanyi pon] kecuali Awang Kenit. Hehe sori la. Dalam banyak-banyak watak lagenda tu daku suka watak Bawang Besar Merah Bawang Putih. Sangat comel.

Overall, lepas tengok filem ni hati mesti berlagu riang. Two thumbs up!
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez