January 28, 2012

Eskrim 1Malaysia


Cewah.. Sekarang ni sejak era Pak Najib pantang nampak perkataan Malaysia mesti nak letak angka 1 kat depannye ye dak. Emm dah lama tak pekena eskrim Malaysia tu kan.. Yang dalam plastik bodo2 tu jek.. Memang dah lame tak nampak dah sejak mat nyet kool memonopoli pasaran. Ha ce ingat ce ingat :D 

Dek sebab duk ingat-ingat tu le tekak ni terus rase teringin. Ditambah pula dengan sokongan moral yang padu dari suami terchenta [heh dia kalau pasal eskrim maunye tak sokong!] maka dengan semangat berkobar-kobar terus ke kedai beli plastik eskrim cap kingkong. Klentang klentong kat dapur terus jadi eskrim cap milo..


Kepanjangan adalah tak sekata ye, maklum le baru nak meniaga eceh. Merah-merah jejari runcing I ni tau dek begitu tuntasnye menyimpul haha. Alhamdulillah sambutan menggalakkan.. Sekejap jek abis. Tapi untung tarak. Ate pelanggan setia ade tiket VIP. Isyh isyh.. Masuk ari kedua dah licin. Asyik menyonyot jek kojenye hakhak.

Siap dapat pesanan penaja suh buat lagi. Yelah yelah, kali ni buat seperiuk beso haa amik kau makan sampai luruh gigi pun takpe. Tetiba rase macam nak letak tabung sebelah fridge - Sila bayar dahulu. HAHAHAHA.

2nd batch. Edisi selambak-lambak.

Okeh, boleh masuk list menu nak meniaga kat belakang rumah aku ni - laluan bebudak pegi & balik sekolah. Tapi tu tunggu lagi 21 tahun ye, lepas aku pencen muahaha [insyaAllah kalau panjang umur..].

~Arwah Mak pun pernah jual eskrim malaysia lepas dia bebaru pencen dulu.. Saje suka-suka katenye :)

January 22, 2012

Makan Busat


Lama tak berposting pasal makan-makan.

Sempena CNY ni kami duk diam-diam dalam kawasan jek, takmo kluar radar nanti tambah sesak highway tu. Sian orang lain yang nak balik tau [heh mulia kan]. So malam Sabtu kami decide nak melantak puas-puas kat Restoran Lagi Best - BBQ & Steamboat. Sebab kat sini kau bayar only rm18.50 per head, dan kau boleh melantak sepuasnya sampai kenyang tahap sawa. Dari umah aku tu lebih kurang 30km, dan of course ramai orang datang sini esp. big family. So kalau agak nak bawak satu puak datang makan, better buat reservation awal-awal k. 


Menunya macam-macam ada.. yang melibatkan bbq atau stimboat. So amik la sebanyak mana pun termasuk la aiskrim potong dan dessert. Kalau agak dah senak sangat perut tu, pause jap then sambung lagi bila dah ok. Bak kata adik aku yang merekemen tempat ni - makan sampai kedai tutop lagi bagus. Tapi jangan over amik ye, kalau ade makanan yang berlebih akan dicaj tau, tiap 100gm kena bayar rm5 kalau tak silap. Haa ironinye tu macam dendaan la sebab makan bertuankan napsu tamak haloba. Membazir tu kan amalan syaitonnn.. Sila amik pengajaran ye.

Sampah-sarap lak yang enterprem huhu.

Tak berapa ghairah nak amik gambar coz lagi ghairah nak makan. Pulak tu kena masak sendiri so sebagai isteri solehah haruslah sibuk memasak untuk suami kan.. Mr.hubby senang ati jek tadah pinggan.. ciss. Tapi seriyes cakap kuah tomyam untuk stimboat tu sangat yummss [tiru gaya Imelda - chef kipas lipas]. So sila tepuk perut yang tegang tanda puas hati.. pok pok!


January 13, 2012

Slot Aksi


Mari tonton.com aksi dak awang makan doyan... [demmm yew awang, doyan pun kau blasah jugak! Ape aku suka, kau pon suka. Kan dah kena share. Huh!].

Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU??)

Hero baru Prison Break [muka kesian].



Nota kaki wangi: Sejak dak awang ni ade maka tak mustahil blog aku ni akan ter-story pasal beliau, kalau tak kerap mungkin acapkali [heh!]. Kekadang bagus jugak, jadik penyelamat bila blog aku ni kegersangan cerita dek terlampau rajin nak mengarang. So Awang, u'll be d main cast mannn... Kut-kut ade plak peminat/pemunya SG tersinggah sini bleh kite bertukar cerita-ceriti ;)

January 02, 2012

Welcome



HAPPY NEW YEAR!!

~adeh.. lame tak nulis naip~
Bz spent quality time dengan famili tersayang... dan ke .......

Penutup aktiviti perjimbaanku untuk tahun 2011 muahaha.
Sangat BEST.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez