December 23, 2008

Holi-holiday!!


Dalam kesibukan kerja, Alhamdulillah dapat gak bercuti dengan family terchenta yang turun JB seminggu.. bukan ape, kut cuti dibekukan jek huhu! Ape-ape pun dapat cuti bersama familyku sangat menggumbirakan :) So sepanjang minggu tu wat la macam-macam aktiviti yang rata-ratanya bias pada makan! Dah tu nak bawak gi berkelah ke pantai macam tak sesuwei.. bendera merah dah dipacak tanda laut bergelora! So just pusing-pusing ajelah kat area JB sambil jalan-jalan cari makan..

Lepas makan besar kat Pontian, esoknye makan besar kat Pizza Hut pulak.. kat Angsana. Nie sedutan setelah selesai dah tersandar kekenyangan hehe.

Yang nie pulak kat Kg. Melayu Majidee.. ABC special. Memang famous port nie. Tengok la larva coklat yang mengancam tu. Kat belakang mak & abah nampak kan orang ramai duk beratur tunggu order siap. Yang nak tapau pun ramai. Kadang-kadang kalau dah teringin tu kitorang sanggup gi sane dari Skudai (jauh gak tu) tapi yang penting, satisfied.

Next port pulak kat Larkin, dekat dengan balai bomba. Kat situ boleh pekena kacang pool.. Orang luar Johor mostly tak tau kut. Nie menu Singapore.. ada roti tebal dengan kuah kacang pool & telur mata. Rase memang sedap & mengenyangkan (feedback from my family yang 1st time rasa). Nie close up rupenye camne. Sapa-sapa nak datang JB bleh la try yek!

ABC spesel kat situ menarik gak coz ade 2 scoop eskrim & lain-lain minuman yang menarik.. mostly letak eskrimlah. Tengok le konsentrasi adik-adik teman menikmati & menjiwai hidangan ;p

Dah makan macam-macam pastu excercise la sket.. main bowling sedas dua. Enjoy!!

December 18, 2008

Salam Aidiladha


Aidiladha kali nie disambut penuh bermakna (cewah) sebab dapat beraya dengan family terchenta.. bukan kat Perak tapi kat Johor tau. Pastu dengan mertua sudah semestinya maka double joyfulness la :D Dapat gak sesama besan berjumpa dan beraya bersama kat Pontian. Bukan senang woo maklum la utara & selatan. So hepi sangat!!

Sedutan gamba-gamba ade kat my FP yek.. Next blog sambung lak dengan program sepanjang percutian familyku di JB selama seminggu.

December 16, 2008

Memori daun pisang - part 3; abih doh!


Masa tu gak mabuk main kompang! Asalnye amik subjek koQ.. pastu trus gian sampaikan tapak tangan dah kematu. Kat kolej anggerik yaribba balun lagi. Sampai kena sound sebab mengganggu ketenteraman awam kihkih!! Siap masuk dikir barat lagi. Menganak, mengalu.. mengompang!!


Tak cukup dengan kelas kat Menara, ade plak kelas wat kat Bangunan Umno.. Seksyen 9. Naik bas turun bas le.. Terlepas bas, naik teksi le jawabnye. Sementara tunggu bas datang, duk bersidai kat tepi jalan. Tu yang jumpe junior "kami part duo!" ;p


Konvo@2000.. zaman gadis bertudung itam berjubah ijau! Macam berkabung jek kan. Tengok skang nie depa konvo kepala sume kaler-kaler matching dengan baju. Tapi ape pun konvo time tu tetap best & jadik kenangan paling maneeeess. Adik maneeess.. mana mau pigi?

Lepas tu bermula la era kerja sambil-sambilan.. era Tan Poh Keng!! huahuahua.. Takyah cite la bikin spoil jek. Haa gamba nie sekadar hiasan jek yea.


Udah le tu.. Terharu nak mengenang kesah dolu-dolu sebab syiok sangat! Now back to reality k. Teman nie baghu aje naik keja dari bercuti sakan seminggu yang lalu. Saki-baki mood cuti still terasa (ate maleh le tu). So until next blog, next story.................
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez