January 28, 2011

Birthday ABAH



SELAMAT HARI LAHIR buat Ayahanda tersayang, HJ. MOHD YUNUS BIN ABD KARIM

"Terima kasih. Sama2 kita tabah menghadapi masa depan tanpa insan yg disayangi."
Received: 28-01-2011
From: Abah
(sms balasan dari Abah, pagi tadi)
-
-
-
-
-
-
And I burst into tears :'( Again.
~ Missed her much ~

January 24, 2011

Killer Plant


Just nak share info dari emel yang saya dapat mengenai "killer plant". Mungkin ada yang dah tahu, tapi saja nak memenuhi tuntutan new post [haha kantoi.. heh, sapa yang tuntut pun??] Bukan killer whale ye tapi hanyalah pokok yang cantik dipandang mata dan rasanya banyak ditanam di rumah kita..


Familiar bukan? Pokok ni juga antara tanaman koleksi di taman astakona saya. Eceh.. Tanah sekangkang kera ada hati nak bertaman hehe! Tapi rupa-rupanya pokok ni merbahaya ya puan-puan. Nah bacalah petikan emel berikut:

Dear all;
Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play .

This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!

This plant is common in Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.

So kesimpulannya janganlah bercita-cita nak buat ulam-ulaman pokok tersebut ye. Walaupun nampak sedap untuk dikunyah haha. Untuk keselamatan anak-anak anda sila letak papan "do not eat". Eh, nanti dimakannya pokok bunga ros haru pulak lagi banyak duri!  Emm tapi tak mungkin kut diorang nak mengunyah pokok-pokok di taman tu.. ape ke jadahnye?? Anyway, sila ambil langkah berjaga-jaga.. Sharing is caring.. and loving :)

January 12, 2011

Hujung Benua


Another attraction @Johor.
Ada apa dengan Tanjung Piai? Haa bukan sebarang tanjung tau..

The southermost tip of mainland Asia.. Paaaaling hujung!

Sabtu lepas dapat berkunjung lagi ke sini mengiringi abang ipar sekeluarga pula. Sebelum ni aku dah pernah sampai bersama dengan Abah, arwah Mak [rindu Mak] dan Firah. Memang sangat mengujakan dan adventurous. Sebab nak sampai ke hujung benua tu bukanlah mudah - kena berjalan kaki atau sewa berbasikal almost 1.2 km. Meredah hutan bakau dan melepasi kera-kera yang riang bergayutan. Ladies jangan bermimpi nak meredah tanpa lelaki walau seorang pun. Kera-kera tu sangat berminat dengan wanita. Silap haribulan [tengok kalendar dulu mesti tak silap] kena bawak lari ke atas pokok dan anda akan berhabitat di sana haha! [hoh kau melampau].

Ahli nujum rombongan. Ape daa Mukhreez dah lentok dulu.

Mempersembahkan tiga orang KUAT dalam rombongan [kuat berlari-lari]:

Dak Aidiel [otai]
Dak Qaisara                                                                Dak Mukhreez

Si tembam little amoi Qaisara tu standby je tunggu masa nak menggoncang dunia macam abang-abangnya.. Heroin in d making haha. Sila bersiap sedia ye Ummi :P
   
L-R: Pakngah, Makngah, Aidiel, Otomen [errkk?], Mukhreez, Ummi, Qaisara.


Entrance untuk ke hujung benua. Tapi lawatan kami sampai di sini saja ye, tuan tanah tak bagi masuk sebab kami tiba dah lewat petang. Tak sesuwei untuk kanak-kanak dan bayi. Maklumlah sajelah.. HUTAN di kala senja dikhuatiri banyak gangguan. Eeeii.. Teman pun segham weh. So, Hai Hai Bye Bye di entrance sajelah. Tamat sudah acara lawatan tergendala kami huhu.

Nak share gambar ihsan pak google keadaan jalan nak ke hujung benua tu.. Cantik kan, tapi kalau dah senja of course sooo scary.

[Gambar ceduk dari pak google].

Inilah destinasi yang nak dituju sebenarnya.. Penghujung benua tanah besar Asia. Kalau tengok kat peta betul-betul kat hujung bucu tau. Disebabkan tak dapat masuk, daku google ajelah gambarnya. So lepas berjalan meredah hutan sepanjang lebih 1km tu, anda akan tiba di sini. Kepuasannya menyamai dapat menawan Gunung Kinabalu tau [ceh, macam kau pernah tawan].


Tapi yang pasti aku pernah menjejak kaki ke sini bersama arwah Mak tersayang. Antara kenangan yang tak akan dilupa....

January 06, 2011

Yang Dirindu


Hari ini. Genap dua bulan.


Al-Fatihah.

January 05, 2011

Hello 2011


Ya. Sudah 5hb. Tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan hello kepada 2011.

Selamat tinggal 2010.. Tahun dukacita bagi keluargaku. Moga tahun 2011 membawa lebih kegembiraan, insyaALLAH.

Yang pasti, bermula bulan dan tahun ini pesawat peribadiku kini dengan SAH menjadi milikku.. Hip-hip-hooray. Tiada lagi angka keramat yang setia bertandang di slip gaji sejak LAPAN tahun yang lalu. Hoho yelah mana mungkin beli cash? Dah lapan tahun tau. Sekejapan cuma, begitulah bagaimana masa berterbangan.. How time flies.


Kenangan tahun 2002 ~ anggun bergaya bersama pesawat yang masih baru.. Masa tu lah.
Err sila abaikan fizikal pemiliknya yang kurus melidi itu. Tahun ni akan cuba mendapatkan kembali fizikal sebegitu. HAH?!!
[Cuba okeh. Belum cuba belum tahu].

Tukar pesawat baru? Naah.. Masih setia dan sayang padanya. Ada sentimental value disitu. So, my dear Iskandar [nama timangannya], jangan banyak buat ragam ok. I really mean it. [hoh, kau ugut kereta?]
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez