March 30, 2011

Syukur


I am soo happy for you, my dearest Hubby :)



So now we are under the same roof... UTM  :)

March 29, 2011

Deeply Missed


Yesterday, @Digital Photo Shop, Taman Universiti.

Dialog antara customer [Daku] dan pekedai [Ah Boy] – Bukan nama sebenar. Hantam saja.

Daku : Boy, I nak print gambar digital. Satu saja.

Ah Boy : Okay gambar dalam folder yang mana? Yang gambar raya ni ka?

Daku : Bukan. Folder Haji, you print gambar yang ni saja [tunjuk gambar lambaian terakhir arwah Mak].

Ah Boy : Are you sure? Kenapa mau ini gambar?? [ekspresi muka pelik].

Daku : Yup, very sure. Ni gambar Mak saya. Dia dah takda. Dah meninggal. Ni gambar last dia sebelum pergi Mekah [sebak].

Ah Boy : [Reaksi terkejut] Ya ka?? Eh tapi kenapa saya tengok dia macam aktif saja? [aktif pada dia maksudnya sihat - I guess so]. Dia ada sakit ka?

Daku : Kami pun terkejut. Dia tak sakit. So jangan ingat you sihat you tak boleh meninggal. [terbagi tazkirah pulak - peringatan untuk diriku juga].

Ah Boy : [*diam seribu bahasa].

Lepas bayar –

I got into my car and suddenly I cried. It’s hard for me to explain how I miss her soo badly....
Al-fatihah.

March 16, 2011

TBS - BTS


Weekend yang lepas daku pulang ke kampung halaman - menziarah Opah Mey yang kurang sihat di Hospital Ipoh. Sepatutnya cuti sekolah ni Abah dan adik-adik cadang nak bercuti di Johor. Tapi disebabkan keuzuran Opah tersayang, plan tu dibatalkan serta-merta - terus aku pulak yang balik ke kampung. Kesian Opah, moga cepat sembuh. Opah lemah sangat sebab terlampau kawal pemakanan - sampaikan kurang gula dalam badan. Makan pun tak selera. Teringat kat arwah Mak.. Kalau Mak ada, mesti Mak risau. Mesti Mak yang jaga Opah di hospital macam Mak jaga arwah Moyang dulu. Tapi sekarang Mak dah tak risau lagi.... Mak dah berehat di sana... :'(

Alhamdulillah, makin hari nampak kesihatan Opah makin baik. Mudah-mudahan Opah kembali sihat. On Tuesday pulak kami sekeluarga pergi ziarah sorang lagi Opah; Opah Enda di HUKM. Dapat berita yang keadaannya agak kritikal - disebabkan jangkitan kuman di paru-paru. Doktor meramalkan dah takde harapan.. Tapi tu kata doktor. Doktor tak boleh lawan kuasa Allah. Dia lagi maha mengetahui. Moga Opah Enda kuatkan semangat, cepat sembuh. Sedih tengok Opah Enda yang selama ni "riuh-rendah" mulutnya kini terlantar sakit... Moga Pakyang sekeluarga tabahkan hati dan banyakkan berdoa... 

So lepas ziarah Opah Enda, kami ke TBS [Terminal Bersepadu Selatan] yang kat Bandar Tasik Selatan [BTS] tu sebab aku nak balik ke JB - naik bas ekspress. Bukan ke Puduraya lagi tau. So my 1st reaction : Ni terminal bas ke lapangan terbang?? Konsepnye membuatkan kita feeling-feeling macam kat airport woo. Sangat besar. Ada balai pelepasan dan balai ketibaan. Semuanya masih shining like hell - maklum la tempat masih baru hehe. Semua ruang berhawa dingin ye. Dah tak perlu berasak-asak bersesak nafas macam kat Puduraya lagi okeh. Selamat tinggal Puduraya.. Eceh, berlagak :P

View from 2nd floor. Bawah tu deretan kaunter tiket. Beli tiket kena tunjuk KP ye - sistem interaktif :)

Jadual pelepasan pesawat airbus. Hehe.

Ni rupa tiketnye.. siap dengan nama passenger. Dah takde lagi kertas tiket yang bewarna-warni yang berconteng bagai.

Balai menunggu untuk berlepas. Dah tak payah nak berasak-asak tunggu kat luar. Dah tak berjelaga hidung dek asap bas macam kat Pudu dolu-dolu ;) [kesian Puduraya]

Ketibaan pesawat. "Stewardess" akan scan tiket anda. Kalau anda salah gate nanti scanner tu akan bunyik "teettttttttttttt.." macam yang aku kena. Haha boleh salah gate pulaks!

So pengalaman yang sangat best. Cuma lokasinya agak jauh - maybe yang kerap travel nampak kesukarannya. Biasalah tu.. benda baru nak mula. Lama-lama akan biasa. Overall, two thumbs up!

Anyway masih merindui Puduraya - banyak kenangan masa zaman belajar dulu. Jalan kaki ramai-ramai dari terminal bas Klang ke Puduraya dengan senget-senget bahu pikul beg. Singgah makan kat McD - pastu jalan short-cut ikut Petaling Street. Rindukan momen itu...


March 10, 2011

Equine


Kudaku lari gagah beraniii… [gagahkan?]

Biasa tengok kuda? Maksudnye tengok secara live lah. Bukan di tv atau di kalendar kuda atau di buku kanak-kanak: H for HORSE. Maklumlah, kuda bukannye public transportation di Malaysia boleh nampak di mana-mana. So kebanyakan kite bila nampak kuda yang real akan teruja automatically “eeeh... kuda la” - melainkan kalau anda menyampah dengan kuda. Tapi kalau di sini tak payah nak teruja sebegitu, sebab boleh tengok kuda berekor-ekor bila-bila masa yang kau mahu. Agak rasa macam dah jemu tengok kucing atau ayam – ok, jom pergi kampus tengok kuda!

Salah dua daripada berekor-ekor kuda yang ada.

Fyi UTM was the first U establish equine center in Malaysia [clap-clap!] dan dah berlangsung international horse show bermula hari ni. So bertambah ramai banyak la kuda-kuda berkampung di kampus on this coming weekend.

Biasanya kalau free hujung minggu tu [not every weekend la] akan ke sinilah kami berduaan nak window shopping kuda. Betul la tu, tengok aje bukan beli pon. Daripada beli kuda better beli kereta atau rumah – sebab penjaga kuda tu kata harga seekor sama harga merce sebijik! Tu belum tengok bakanya lagi. Phewww.. Kalau kuda Tuanku Sultan yang kasi of course baka baeekk punya. Tengok fizikalnya pun dah tau – kuda mewah.

Setiap hari kuda-kuda ni diberi pelepasan keluar. Macam duk hostel la ada outing hehe.

Sangat suka scene di atas. Macam cite tv dolu-dolu [‘80s]: Little house on the prairie. .. Ingat lagi? Wuuh tetiba rasa nak berlari-lari pakai gown kembang!

Bila depa duk jauh nun, hang panggil.. Bila depa mai dekat, hang takut pulak. Haha!

Gembala dan kuda-kudanya. Eceh.

Cita-cita nak tunggang kuda. Tapi kena register membership dulu – kena masuk kelas, belajar. Bila dah pandai boleh main lompat pagar dengan kuda :)

March 08, 2011

Wahai WANITA



Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita..
 
 
SELAMAT HARI WANITA

Buat seorang wanita yang paaaaling bermakna dalam hidup ini.. Walaupun kini dia tiada lagi.. Namun kasih sayangnya kekal abadi. Takkan ada yang dapat mengganti. Pengorbananmu disanjung tinggi. 
Dia wanita yang sentiasa ku rindui...
 MAK.....!!!!

~ Al-Fatihah ~
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez