August 28, 2010

Moh Bersiap Sedia


Salam 18 Ramadhan.

Sudah lama tak menulis. Eh bukan menulis, menaip. Syawal makin hampir. Hari Merdeka lagilah hampir. Tapi tiada persiapan untuk Merdeka. Semangat patriotik dalam diri tak boleh nampak. Yang nampak ialah persiapan nak raya. Tang mana-mana pun dah nampak. Semalam punya semalam [paham tak?] kami pergi bershopping dah berderet-deret manusia beratur dengan barang-barang pun beratur-ratur. Mentang-mentang dah dapat gaji, dan mentang-mentang lagi akan dapat add on duit raya nanti :) ALHAMDULILLAH.

Raya tahun ni macam tahun yang lepas-lepas, pasti berangan nak membuat cookies. Macam tahun lepas-lepas jugak, Alhamdulillah memang berjaya dibuat - dari angan-angan jadi kenyataan. Cuma tahun ni semangat jadi extra berkobar-kobar sebab dapat advance gift sempena raya ni:

Lovely cookies jars!! TQ Dear =)

Suka dengan benda tersebut selain sangat sweet, ada 7 balang yang berbentuk bulat atas tray yang juga bulat. Tray emas 916 tu [eceh] boleh berpusing macam merry go round - so sangatlah convenient dan ergonomic [eh ape kaitan?]. Tak payah susah-susah bangun dari duduk dan sinsing lengan baju nak capai kuih. Boleh juga berangan jadi peserta Roda Impian. Saya putaaarrrr lagi..! Tahapetah.

Tapi mantan balang yang lama masih disimpan. Bak kata pepatah sudah dapat benda baru yang free pulak tu, jangan dilupa benda yang lama yang dibeli sendiri. Boleh buat acara berganti-ganti menukar balang setiap tahun kan? Hmm now dah ada 7 balang kosong maka setiap satunya perlu diisi. Owh tak mungkin daku akan buat 7 jenis kuih.. Nehi kabhi nehi. Tak berkemampuan dari segi ketahanan mental & fizikalku. Semestinya akan dibantu oleh cookies tunjuk dan hulur (t&d).


Tapi yang pastinya cookies t&d di atas yang bertajuk Sweet Square rasenye macam tak sempat masuk ke balang sebab dah masuk ke mulut dan ke perut. Berdasarkan gambar tu nampak tak [mestilah tak nampak] lapisan paling atas sudah tiada. Yang terkini lapisan kedua yang tertera di gambar tu hanya tinggal kenangan. Kami dah beraya dulu lepas berbuka. Kekadang raya masa bersahur juga. Cookies tersebut enak bangat. Asyik nak makan lagi dan lagi dan lagi.

Arggh tak sabar nak balik raya. Selamat Hari MERDEKA.

August 22, 2010

The Sinking Hyppo


Penganan manis [istilah yang bermaksud dessert yang my mom gunakan] sempena weekend ni which is my fav. Every Ramadhan mesti buat & pekena at least sekali. Kalau bulan tak Ramadhan tak pernah buat pulak. Pelik. Padahal bukan susah sangat pon. So kesimpulannya memang sesuwei mase puasa jelah. Feeling tu lebih agaknya.


Home made Budak Badak Berendam.. Err sinking tu karam ek? Ok, salah term. Para badak-badak yang bewarna pink dan hijau berendam dalam kolam santan yang sangat pekat. Terlebih perahan santan HAHA. Kalau tak silap kebiasaan yang orang buat atau yang terdapat di pasaran tu inti dalamnya kelapa & gula merah.. Tapi my version nie just guna gula putih tu jek. Dari dulu, kini dan selamanya camtu. Senang dan sedap lalu kat tekak ni. 

So sempena my bro si Amer datang berweekend di rumahku, daku pun membuatlah menu ni dengan kerjasama en.asben selaku pencantas daun pisang. 6 mangkuk tu licin. Settle. Credit to Puan Razila jugak becoz of her BB battle of the year. Err beb, kalau lu nak dapat feel buat sendiri BB datang la rumah gua - sebab pokok pisang ade kat belakang rumah je. Ngehngeh. 

August 17, 2010

Mari Ber-angan


MMS dari en.asben kepadaku beberapa detik yang lalu:

Yang berbunyi:

Truk tul mamat kt depan tu. Dah la bwk keta kite x pulang2.

Comel kan? Comel sebab tu semua DUSTA semata. Haha. Tapi masih dalam tahap ber-angan takpe, tak berdosa [eceh].

Kepada en.asben, teruskan ber-angan ye. Mana tahu akan jadi kenyataan? Wah, ayat motivasi melampau huhu.

Objek berkenaan adalah Nissan Skyline GTR R34. Yang tetap menjadi poojaan en.asben hinggakan sanggup snapshot masa tengah driving.

Okeh bebeh, esok kita beli ye [lagi contoh ayat melampau tak hengat].

August 16, 2010

Al-Fatihah


  
Al-Fatihah.. Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

Pemergian seorang lagi rakan staf di bulan yang mulia ini, Allahyarhamah Nagibah Adan (K.Jib) pada 12 Ogos bersamaan 2 Ramadhan 1431H. Kak Jib antara staf yang senior kat opis. Arwah mengidap sakit kencing manis & sejak kebelakangan ni memang kesihatannya sangat merosot. Arwah kurus [sangat] secara mendadak dan selalu nampak tak bermaya. Pernah jugak bersembang-sembang dengan arwah di pantry kalau tak keluar breakfast [sebab berlainan division so memang tak selalu berjumpa]. Arwah memang suka bercakap - ada saja cerita nak dikongsi terutama pasal anak-anaknya yang meningkat dewasa. Simpati dan takziah buat suami dan anak-anak yang ditinggalkan.. Kalian harus tabah. 

August 12, 2010

Nadra


~ Recommended reading ~

Telah tamat membaca buku ini. Recently. Natrah : Cinta-Rusuhan-Air Mata. Comment? Best. Kisah tragedi yang pernah menggemparkan tiga negara & juga umat Islam seluruh dunia berpuluh tahun lalu. Masa tu diriku pun belum lahir lagi, tapi ingat lagi minat sangat mengikuti artikel oleh penulis buku tu; Fatini Yaacob (kini Datin Seri) dalam majalah Dewan Masyarakat sekitar penghujung tahun 80an. Abah yang beli, daku masa tu dalam era budak nakal lagi - mana mungkin ade passion nak beli Dewan Masyarakat? Tumpang baca ajelah [oklah tu, nakal tapi rajin membaca. Wah gitu].

So buku ni kompilasi tulisan dalam DM tu lah. Tapi of course lagi eksklusif, detail & menyentuh jiwang.
Buku ni lah yang dibaca masa teman my MIL kat hospital. Boleh khatam dalam beberapa hari jek padahal buku tu tebal jugak. Yang menunjukkan punyalah banyak masa terlapang kat hospital tu - bayangkan kalau setakat duk nganga jek memang boleh sawan. Ok ape sawan di hospital. Erk takmolah haih!

Bulan September ni kalau takde aral dapat lagi berjumpa dengan penulis buku tu buat kali kedua [1st time jumpa Februari lepas]. Datin Seri dalam rangka menjelajah nak berkongsi kisah hidup Natrah & mempromosi buku tu kat semua IPTA & organisasi gov. Tak sabar nak tunggu sesi tu. Gerenti menarik.

August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H


Ramadhan yang mulia datang lagi.. Tak sabar menanti ketibaan bulan istimewa ini. Secara tak langsung amalan rutin berubah dalam masa sebulan ni:
  • Bangun sahur yang pasti lebih awal dari hari biasa
  • Time kerja dah tak keluar breakfast
  • Time lunch break duk diam kat opis aje
  • Balik kerja mesti on time kul 5; kalau lewat akan menghadap "mini jem" kat simpang jalan nak masuk ke taman perumahan sebab ada bazar Ramadhan
  • En.asben akan mendahului sampai rumah lebih awal sebab dalam bulan puasa bosnya bermurah hati suruh balik kerja pukul 4 - Hah pukul 4?? Hee jeles tau tak aci ar..
  • Amalan berkunjung sambil berbelanja ke bazar yang hanya beberapa tapak saje dari rumah coz bazar tu antara yang havoc & agak besar kat area Skudai nih
  • Malamnye keluar gi solat tarawikh kat masjid berdekatan 
  • Balik dari masjid sambung makan-makan untuk sesi kedua secara berdua. Hehe.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN"

August 06, 2010

R.I.N.D.U



RINDUnye kat kampung halamanku.. Rase lame benor teman tak balik ke sane. Last teman balik bulan 3 dulu. Planning balik raya nanti - bulan 9. Maknanye dah 6 bulan le tak balik kampung = 1/2 tahun! Fuiyo macam duk overseas pulak yek huhu.

Tapi dalam masa tu tetap jumpa dengan my family. Sejak my 2nd bro si Amir tu dah merantau ke Johor gak, my parents kerap jugak datang JB. Both of them pun dah pencen so available all the time nak gi mana-mana pun. Tapi daku tetap RINDU gak nak balik kampung. Feel tu lain. Tak sabarnye nak balik BERAYA. Tahun ni giliran beraya kat Peghak weh.. Yabedabedooo...!! ~~aksi luar kawalan.

August 03, 2010

Travel & Living : HSA


Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru


Tarikh 27 Julai 2010 my MIL selamat menjalani pembedahan di lutut kirinya, ALHAMDULILLAH. Mak masuk OT jam 8.30 pagi & keluar lebih kurang jam 3 petang. Fuh, lamanye pembedahan tu berjalan. Mak mintak bius penuh [full sleep] sebab tak sanggup nak dengar bunyi-bunyian yang menggerunkan masa tulang lutut tu dibedah. Macam bunyi orang bertukang - kata aunty yang duk sebelah katil mak; sebab dia buat half sleep.

So inilah output dari pembedahan tu, tulang lutut yang dah dikeluarkan dan diganti dengan besi & skru [lupa medic termnye ape]. Maka bercerailah tulang lutut dari badan tuannya.. Sekian lama berjasa menyokong tubuh badan mak. Doktor cakap saiz lutut mak tak sepadan dengan badan - faktor genetik so memang takleh nak wat apa. 

 "A gift" after the operation.. Sengaja dinyahkalerkan untuk mengelak kesan sampingan kepada penonton. My MIL sendiri pun memang tak sanggup nak tengok - nanti mak pitam, katenye

On the 3rd day after operation, mak dah start buat exercise - for beginner - guna mesin khas untuk bengkokkan lutut secara slowly. Kalau disuruh buat sendiri memang takkan boleh. Lepas beberapa hari mak akan disuruh berjalan menggunakan tongkat. Pastu follow-up buat fisioterapi.

Mesin yang disebutkan. Hasil tangkapan gambar secara sembunyi. Sorry nurse, langgar perintah.

Bila mak masuk hospital maka kami bergilir-gilirlah menjaga termasuklah bermalam di ward. Pengalaman yang memenatkan tapi amat bermakna sebab dapat jaga mak. Dapat kenal dengan patient lain, tengok macam-macam kes patient yang keluar masuk ward. Tabik kat nurse bila tengok cabaran kerja diorang nak mengadap bermacam ragam patient. Korang memang terbaik [walaupun ade jugak sorang dua yang dalam spesis sombong - biaselah].

Pasni kalau takde aral mak akan dibedah lagi kat lutut kanan pulak mungkin dalam bulan 12 nanti. At least dah ade pengalaman yang pertama. Mudah-mudahan segalanya lancar sampai mak betul-betul sembuh.

August 02, 2010

Silat Crocs


HAHAHApekebendanye silat crocs itu?


Silat Crocs --> merujuk kepada pesilat yang bersilat di depan pengantin dengan memakai kasut cap Crocs [ori tau] sambil mengacah-acah mak enon kepada pengantin [jahat tau]. Ini antara hobi kegemaran en.asben - menyelit untuk menyilat depan pengantin - tapi pengantin terpilih saja. Eceh.

Related Post : Pesona Adat


Firedrill Exercise


Last daku terlibat dengan firedrill ni mase zaman skolah menengah kat asrama. Itu pun idak le serius sangat perlaksanaannye; bunyikan loceng tengah malam bute - jerit "Firedrill! Firedrill!" [jeritan nyaring AJK yang bertugas] - so sesiapa yang tido2 manje silalah bergegas turun ke padang - yang tak turun tu paham-paham ajelah, consider as RENTUNG - Esok kluarlah senarai nama mangsa rentung - Dah. Abis sampai situ jek.

Tapi kali ni bila dah keghoje buat betul-betul. Melibatkan Bomba, Palapes & Pusat Kesihatan. Julung-julung kali diadakan setelah building yang aku duk bekerja hari-hari ni dah 25 tahun umurnye. Uish haruslah buat.. Polisi keselamatan tu. Sila layan teknik penceritaan bergambar yang berikut:

AJK dilantik sampai pencen dikuarantin sebelum lakonan start - termasuklah daku huhu!


Mangsa yang selamat berkumpul [sib la Pak2 Arab nih mau dengar arahan]

Rumah terbakar panggil Bomba.. Kagumnye tengok jentera nenong nenong datang lebri

Mangsa hampir rentung berjaya diselamatkan. Tu sebab tersengih

Taklimat penghargaan oleh abang bomba yang ensem ;)

PCK best in JayBee hohooo...

As usual, ade keja ade la makan tajaan. Harus......

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez