July 28, 2010

Doakan Selamat


Esok, 29 Ogos 2010 my mother in law akan menjalani pembedahan lutut kirinya. Semalam Mak dah dimasukkan ke wad ortopedik wat check up etc. Lepas operation ni, lutut kanannya pulak akan dibedah dalam bulan 12 nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat.. Insya-Allah. Dah lama Mak menderita sakit lutut. Biar lepas ni Mak dapat menikmati kehidupan macam orang lain - takde masalah lagi nak berjalan-jalan.

"Mak, kuatkan semangat. Kami sentiasa bersamamu & mendoakan yang terbaik untuk Mak."

July 26, 2010

Point To Ponder


Semalam lalu kat celah-celah lorong kehidupan kedai, boleh pulak ternampak madah pujangga kat belakang salah satu kedai. Madah pujangga Shakespeare ke? Haa ni nak tunjuk Shakespeare quotes edisi wilayah selatan. Conteng kat dinding pulak tu. Cis, Shakespeare yang vandalism HAHA.


Dah melepasi sebenarnya tapi en.asben reverse kete & wartawan aduan rakyat pun terus snap gambar. Dah la area tu feeling ala sarang kongsi gelap, bile bace tulisan tu gelap kejap pandangan. Tapi kelakar pun ada. Tapi..? Takde tapi-tapi lagi. Tulisan tu tak berapa clear kan. Ni edisi zoom punya.. Sila baca kuat-kuat.


Maka AWAS! Sebelum buang sampah ingatlah keluarga tersayang. Penyebab kepada kematian mungkin berbentuk sumpahan. Bagi menambahkan effect gerun, penulis a.k.a penconteng menggunakan dakwat merah - mungkin kaler atau darah. Gerun tak? Fikir-fikirkan.

Adoi, sakit pankreas dibuatnye.

July 23, 2010

Ilusi Semata



Nilah drama yg sedang difollow sekarang. 6.30pm duk layan & laying down depan tv. Drama ni biase-biase aje - taklah sampai berhantu macam Adamaya & berhantus [lagi banyak hantu] macam Cahaya Nur Kasih. Tapi cite nih memang ade unsur misteri & saspen so plotnya menarik untuk ditonton. Ceritenye ala-ala The Mentalist gitu - tapi yg versi omputeh tu lagi dasat la & lagi handsome haha [tetiba]. 

Sangat minat dengan 1 of the songs dalam drama nih - tak sure tajuknye tapi bukan lagu tema. Sing by Monoloque & Asmidar. Lagunye macam saspen seram tapi dengar berkali-kali sedap pulak. Dah jenuh googling tak jumpe cari jugak. Baru lagi kut, belum kuar dari oven. Anyway tak sabar nak tau endingnye - of courselah semua cerite nak tau ending.

Heroinnye Diana Rafar tu mengingatkan daku kenangan mase kerja "main-main" kat seksyen 9, Shah Alam satu ketika dulu. Sebab sepanjang kerja kat sane selalu sangat terserempak dengan dia & family shopping bagai kat Plaza Masalam. Oh rindunye kat Shah Alam.. kompleks PKNS, bas mini kaler pink, seksyen 2, tasik, SIRIM.. eh, masuk gak? Kan dekat tasik tu masuk la sekali. 
DAN the most importantly, UiTM di hatiku.

July 20, 2010

POTONG Sudah


Bukan sebarang POTONG** haa..

Lately ni tiap kali payslip keluar hatiku akan berdebar-debar [saspen ke?] macam nak tengok result exam pulak. Adoii sakit jantung kalau tiap bulan rase camtu. Berdebar-debar nak tengok angka kat column belah kanan tu ade yang bertambah ke? Tambah dalam erti kata jumlah yang bersih akan menyusut huhu!


Akhirnya setelah beberapa bulan penantian akhirnya angka itu muncul juga... Maka dengan rasminya bermula bulan ini angka itu akan bertapak sampai ke pencen [insyaAllah, kalau panjang umur].

Perasaan? bercampur-baur [eceh]. Yang pasti satu lagi impian Ilyana saya sudah tercapai. Telah bertambah satu lagi aset sendirian berhad. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang diperolehi setakat ini.

** merujuk kepada pinjaman perumahan ~~ Home Sweet Home ~~

July 17, 2010

Makan Busat


Makan busat ari Sabtu... Ape tu??


Ni namanya encik ikan Ungah Tanda - Hasil tangkapan en.hubby gi mancing bebaru nih. 1st time dengar & tengok & makan. Dagingnya sedap, ala-ala ikan siakap gituh. Kat badannya ade tanda tu sebab gelar ungah tanda - birth mark kut hehe. Lupe nak snap gambarnye sebelum siram kuah, so dah tak nampak rupa parasnye.

1 kilo you.. Nasib muat kualiku nak menggorengnye, kena adjust la - kejap tang kepala, pehtu tolak tang ekor plak haha asalkan garing 1 badan. 

Tajuk : Ikan Ungah Tanda Masak 3 Rasa

July 13, 2010

Choco Brownies



Chobaan membuat simple choco brownies. Brownies ni resepinye dah la simple, pastu permukaannya tak keras - lembab2 gitu walaupun gune kaedah pembakaran. Takyah letak topping pun. Yg penting lalu kat tokak nih sodaaap.

1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
-- cairkan butter, pastu matikan api baru masukkan brown sugar. Jgn masa atas api yek, kang jadik kek gula hangus pulak! Lari konsep.

2 biji telur
-- pukul bersama esen vanilla

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sdt baking powder
-- semua diayak & campurkan dengan telur tadi & juga cairan butter & brown sugar. Kacau sampai sebati. Siap!

Bakar 30 min - api bawah - 160'c.

July 12, 2010

Luar Pintu


Ni antara aktiviti luar pintu [outdoor] kami every weekend. Selaku tulang belakang [backbone] kpd suami techenta, maka saya menjerumuskan juga diri ini untuk bersenam dan berlari-lari anak ayam pada setiap pagi ujung minggu bersama beliau - owh, setiap tu bergantung kpd mood dan cuaca jugaklah.


Oleh sebab saya berlari-lari anak, beliau yg berlari-lari teddy bear telah berjaya mendahului saya haha!

Syok beriadah kat kampus sebab dah ade outdoor gym equipment.. Yang pasti free. Tak payah nak berebut-rebut tunggu turn nak guna kat Taman Hutan Bandar tu yg sememangnya sentiasa sesak!

Model sedang menggayakan senaman gaya tolak-bangun-duduk. Ada lagi lapan gaya nak kena buat cik salmah!


Dah sampai gaya ke-lapan. Model beraksi comel ala teddy bear mengayuh beskal.
  

July 07, 2010

Al-Fatihah..


Al-Fatihah untuk arwah Mak Enda [Cikgu Amsaton] yang telah meninggal dunia pada malam 3 Julai yang lalu.

Kami dapat perkhabaran sedih tu mase tengah bersorak tengok WC kat kedai mamak, abah call bgtau. Pkul 4pagi terus gi Sabak Bernam & malangnya kami tak dapat melihat wajah terakhir arwah sebelum dikapankan - tak sempat - pengkebumian agak awal. Tapi sekurang-kurangnya kami dah ziarah arwah semasa sakit.

Sangat bersimpati dengan Enda & anak-anak setelah kehilangan orang tersayang. Sesungguhnya amat perit tapi yang pergi tetap pergi. Allah lebih menyayangi, daripada arwah menderita sakit terlalu lama..

Kami dah kehilangan seorang lagi ahli keluarga.. Al-Fatihah kpd arwah Mak Enda [bertudung hijau - sebelah kiri saya] - Bergambar kenangan di depan Kolej U9 UTM sebelum ke Pontian sempena majlis persandingan kami di sana.

~ Bursts into tears ~

July 01, 2010

Hello Kitties


Sila perhati gambar kancil pinky ni betul2 - dah dizoomkan tuh.. Meriah bukan?


Sempat dirakamkan ketika pemanduanku pulang ke rumah tadi [sib takde pak polisi]. Tabik spring kat driver nih - perempuan rasenye. Tapi kalaulah lelaki lagi kena tabik siap naikkan bendera haha! Sampaikan penuh cermin belakang tu dengan kucing bernama Kitty, berasak-asak. Congested!

Bukan ke polis pernah pesan, jangan terlalu menunjukkan kefemininan kereta anda... Sendiri mau ingat la. 

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez