December 31, 2010

Bersantai di PD - Part II


Hari Kedua, 26 Disember.

Breakfast @7am.


Yaa.. Makan musti nampak gelojoh walaupun tidak sebenarnya. Huh, kamera menganiaya tuan.

Asal boleh lah.. Kat sini semua nampak cantik. Rumput pun cantik walaupun dah botak-botak.


Sementara tunggu panggilan pulau telematch.

Susah nak bergambar memolek asyik kena agah aje. Terus tak molek.

Get ready nak telematch. Ada 4 team : red-blue black-light blue-oranje

Red dragon in action. Cayok!
Haa yang ni best. Buat rantai paling panjang. Macam-macam gaya ada - terlentang, meniarap.. bukak baju pun ada semata-mata nak tambah panjang rantai [lelaki je lah okeh]

Team ni melampau panjang sampai nak masuk laut. Haa silalah masuk ke laut jadi rantai kapal pulak haha :P

Kanak-kanak riang yang riang berebut gula-gula.

3rd place.. Oklah. Budak-budak yang meramaikan huhu.

Kecoh aarr team nih.. 2nd place.

Sang juara.. kengkononlah.
Siap nak bertolak balik.

Singgah jap kat Muzium Tentera Darat. Tempat favourite en.asben nih. Semua kereta kebal dia tau apa jenisnya. Issyyhh.. idok le peghonah teman amik tau.

Ni pun kereta jugak.. Keretapi.

Jangan tiru aksi ini. 

Akibatnya kena sign sumpah aku janji tak buat lagi hehe. Taklah.. tengah turunkan signature pelawat.

Overall best. Penat satu badan dah lama tak bersukan tu pun bukannya acara lompat kijang atau lari pecut 100m. Cuma lari dalam guni, pancing tin & lumba kasut gergasi aje. Haha. Badan sudah tua.. Eh salahkan badan pulak? Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan kaum keluarga staf - mengeratkan lagi ukhuwah sesama manusia.

Sekian, laporan akhir penutup tahun 2010. Jumpa tahun depan!

December 30, 2010

Birthday tanpa MAK


Yang ke-33 tahun. Syukur masih bernafas hingga ke saat ini.

Bermula tahun ni dan tahun yang seterusnya aku kena biasakan diri tak akan menerima lagi ucapan selamat hari jadi dari insan yang telah melahirkan diri ini 33 tahun yang lalu.. the one and only, MAK. Selama ini Mak akan menghantar sms atau call hanya untuk mengucapkan selamat hari jadi dan selama ini pun Mak lah yang akan mengingatkan hari jadi abah dan adik-adik. Walaupun sebenarnya memang aku ingat bila tarikh-tarikh tu - lagi pun dah siap set reminder dalam calendar handphone.. Tapi itulah Mak. Mak risau kalau kami semua terlupa tarikh istimewa tu.

Rindunya nak tengok incoming call perkataan "Mak" tertera pada skrin handphone.. Rindunya nak dail nombor hphone "Mak" atau send message padanya. Rindu rindu rindu.. Ya Allah, Kau lebih menyayanginya.

Hanya sms terakhir dari Mak yang masih tersimpan dalam handphone menjadi kenangan.. sms balasan dari Mak lepas aku ucapkan selamat hari jadi buat Mak yang ke 58 tahun pada 10 Oktober lalu.. Perfect 10. Rupa-rupanya itulah sambutan hari jadi Mak yang terakhir.. Itulah juga wish yang terakhir dari kami adik-beradik. Semuanya jadi kenangan.

Terima kasih Mak kerana melahirkan dan membesarkan kami... Allah SWT jua yang dapat membalasnya.

...Doa dari anak-anakmu : Muazfar, Muzamir, Muzafirah, Muzaimah, Muazam.

Tak terluah dengan kata-kata. Kesedihan masih kuat menyelubungi. "Selamat Hari Jadi Jai"

December 27, 2010

Bersantai di PD


Dah nak penghujung tahun ni macam biasa akan dipenuhi dengan aktiviti percutian sambil menghabiskan bajet tahun semasa. So setelah beberapa tahun terperap tak buat family day akhirnya tahun ni terlaksana jua dengan bersusah-payah AJK kelab office menyusun strategi. Hasilnya famili yang nak pergi cuma bayar RM50 aje untuk semua aktiviti: Check in - tidur - berenang di kolam - jalan-jalan tepi pantai - tidur - BBQ dinner - tidur - breakfast - telematch - tidur - lunch - dalam bas; tidur lagi. Fuh amatlah berbaloi-baloi. Err aktiviti tidur memonopoli acara sebab dah temanya pun santai so mesti banyak tidur [ayat en.suami].

Aktiviti tersebut berlangsung di sini: Corus Paradise Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.
Gambar ihsan pak google berikutan ketiadaan helikopter nak dapatkan view indah sebegitu.

Sebelum sampai kena la berkumpul dulu.. Lagipun nak flag-off acara explorace..

Deretan pesawat pejuang bersedia untuk ber-explorace sepanjang highway. Kalau ikut jalan lama amatlah rugi walaupun dapat jimat kos tol.

Tapi tak boleh lawan pesawat kami.. Limousine 40 seats. Amacam, ada bran??
So confirm tak layak untuk ber-explorace.
Okeh, naik bas jek terus tidur tak payah susah-susah fikir nak jawab soalan (eh tidur lagi).

Acara wajib bergambar berdondon-dondon sampaikan banner pun tenggelam.

Suasana dalam pesawat murah mewah kami. Free seating - two seats for 1 person & of course ada driver.
Mana mau dapat??

Sea view from our room.. Nyaman. Macam berada di Sabah bah pulak.

Acara santai - jalan-jalan tepi pantai. Pasirnya haluuuus sangat.

Dah senja.. Tetiba terus senja.
Malam baru bermulanya acara.. BBQ dinner. Makan sampai mengah. Sambil tu ada selingan sesi cabutan nama bertuah.. Sumpah daku tak mengharap ponnn. Tetiba namaku disebut-sebut.. Woh ni betul punya bertuah! Bukan nombor ye tapi nama bertuah.

Mr.model menggayakan hadiah yang dimenangi. Ya.. set pinggan mangkuk lagi buat kali yang ke-8, 8 lagi. Macam tau-tau je baru sambut anniversary dapat pun ala-ala hadiah kahwin haha. 

Thanks to da club :)

Tamat acara 1 hari.
The next day.. next entry lah. 

Ada dua budak tomei sudah mengamok.


Budak tomei Emir vs Iman. Emir sungguh tamak haloba tak mau bergambar dengan Iman "pergi kau pergiii..!!" "Ade aku kesah..??" kata Iman selamba. Haha. Kesian parents diorang tak senang duduk dibuatnya. Makan pun kena ambik turn. Gitulah kalau dah ade anak ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang kami ni pun melayan anak jugak.. anak tekak. Hueh hueh.

"..Korang senang la berdua je takde anak.." Okey thanks, i take it as a compliment. Haha. Time gini la nak dapat pujian melambung kalau masih berdua. Ramai jealous tengok kami senang-lenang berdua-duaan berhoneymoonan. Yelah, doakan kami join da club nanti ye, so dah tak akan jealous lagi ;)

December 17, 2010

Mari Berendam


Penceritaan berikut boleh dikategorikan sebagai hampir basi - sebab agak lama kejadian ini berlaku. Tapi gambar tak akan expired atau basi. Masih boleh ditatapi walaupun pada tahun 2028 nanti.

Air terjun! Lamanye dah tak mandi-manda. Sementelah dah ikut en.asben ke Mersing, dalam perjalanan balik tu singgah di Air Terjun Kota Tinggi. Memang famous amos lah tempat ni kalau di Johor ni. Satu lagi air terjun Gunung Ledang yang kat Segamat tu.

Weehooo ayor tojun..!! [nada seorang jakun]

Ni fasa bawah - air paras pinggang kalau duduk. Haha. Huh, sungguh kureng mencabar.
Moh panjat lagi ke atas..

Okeh dah jumpa tempat mencabar. Airnya tersangatlah deras dan sejuuuk.

Model dah bersedia untuk berendam. Dimulakan dengan sentuhan jari kaki untuk elak hypothermia.
Melampau okeh.

Dah mula syok.

Lagi syok sampai 3 jam berikutnya.

Sampai rumah malam tu sakit-sakit badan akibat berjam-jam "diurut dan dihentam" air yang deras. Hoho yelah, baru ada feel mandi air terjun. Kalau setakat berendam di air yang setenang air di kali lebih baik duk dalam bath tub aje ye tak?
Sangat best. Err mr. model, lepas ni kita ke Gunung Ledang pulak ye ;)

December 14, 2010

A Meaningful Gift


Tiba di office, ada sampul atas meja. Terus buka.

Pemberian dari seorang sahabat yang juga rakan sekerja. Alhamdulillah.. Terharu sangat.

Terima kasih, kawan.

Sesungguhnya kami punya persamaan - kehilangan orang yang disayangi iaitu IBU. Ibu [Mama] kepada sahabatku ini dijemput Ilahi pada 16 November yang lalu - iaitu 10 hari selepas pemergian Mak tersayang. Kami berkongsi kesedihan namun sahabatku ini lebih beruntung, dapat mengadap dan mencium jenazah Mamanya sebelum disemadikan berbanding aku yang hanya dapat membayangkan dari kejauhan :'(

..Walaupun jauh tapi Mak disemadikan di tempat yang amat baik :)

Hanya yang mengalami dapat memahami.. Sekurang-kurangnya aku ada sahabat yang dapat berkongsi rasa, yang turut sama menangis bila mengenangkan kerinduan yang semakin menebal pada ibu kami yang pergi tak kembali. Buat sahabatku... Semoga kita dan keluarga tabah menempuhi hari mendatang tanpa yang tersayang di sisi walaupun perit. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi Mak dan Mama.. Al-fatihah.

December 13, 2010

Terapi Jiwa


Menikmati keindahan ciptaan Allah SWT..


..Subhanallah.. Cantik kan?

Rakaman keindahan Air Terjun Kota Tinggi, Johor.

Nantikan episod seterusnya.. Beruang Berendam. Muahaha.

December 06, 2010

30 hari


Hari ini - genap sebulan. Masih jelas terngiang-ngiang perkhabaran dukacita dari Ayahanda di tanah suci sebulan yang lalu. Al-Fatihah untukmu Bonda, Allahyarhamah Hjh. Zainab binti Hj. Mahyuddin.

Amin.

Lebihan biskut yang Mak makan pada petang sebelum pemergiannya - masih disimpan Abah.
"Mak tak larat nak habiskannya...."

December 04, 2010

Sunyi


Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota.

Pulang lagi ke kampung tapi kali ni bersama-sama Abah yang telah selamat tiba dari Tanah Suci tanggal 27 November lalu. Kepulangan yang ditangisi, semestinya kerana tanpa Mak mengiringi. Mak tinggal di sana bertemu Penciptanya. Kehilangan yang amat dirasai apatah lagi kami sekeluarga berkumpul tapi Mak tiada.

Seperit-perit kami adik-beradik menerima ujian ini, lagi perit bagi Abah yang bersama-sama Mak hingga ke saat akhir TANPA keluarga di sisi. Namun syukur, Allah SWT permudahkan segala urusan Abah di sana - yang paling manis apabila Abah turut sama mengiringi jenazah Mak ke tanah perkuburan dan menurunkan jenazah hingga ke liang lahad. Alhamdulillah, nampak jelas kepuasan dari raut muka Abah ketika menceritakan pengalaman berharganya itu. Ramai orang cakap bukan senang nak ikut jenazah hingga ke perkuburan. Syukur ianya mudah bagi Abah.

Abah pulang dengan karaktor yang berlainan. Abah yang dulunya tegas dan susah nak mengalirkan air mata, tapi kini tidak lagi. Minggu pertama ketibaan, mata Abah sentiasa digenangi air mata. Tidur pun asyik mimpikan Mak. Mana mungkin boleh lupa insan yang paling dekat di hati. Namun Tuhan  Maha Kaya, Dia kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada Abah untuk menjaga Mak bila kesihatan Mak mula merosot. Terharu mendengar segala macam usaha yang Abah lakukan semata-mata untuk menjaga kesihatan Mak di sana. Kami yang tinggal di sini hanya dapat bayangkan betapa gundahnya Abah menghadapi situasi tersebut keseorangan. Sedih..

Kini kami hanya ada Abah tempat bergantung. Masa berharga ini tak akan disia-siakan - nak tengok Abah kembali ceria seperti dulu. Kini aku keseorangan memasak di dapur - tanpa riuh Mak bercerita. Ya Tuhan.. Rindunya aku saat itu. Tiada tempat nak bertanya perihal dapur lagi. Semuanya keputusan sendiri. Dapat aku rasakan penatnya Mak berseorangan di dapur semasa ketiadaan aku untuk menolongnya dulu. Tapi yang pasti semua yang diuruskan oleh Mak dijamin tip top dan sempurna. Mak memang terbaik.

Rindu ini takkan terhenti. Tangisan pun masih bersisa terutamanya setiap kali selepas solat. Kuatnya kasih Mak walaupun 33 tahun cuma. Hari-hari mendatang pasti SUNYI tanpa Mak namun Allah lebih menyayangimu.............

Memori sambutan hari lahirku bersama keluarga tersayang [2007]
~ Tahun ini bakal disambut tanpa Mak :'(

November 25, 2010

I.L.U


To My Dearest LOVE,


Hampir terlupa sebenarnya, hinggalah pagi semalam setelah tiba di office aku menerima sms cinta dari yang tercinta.. Ya Tuhan, tarikh yang selama ni terpahat dalam ingatan tapi nyaris hilang dek kecelaruan jiwa yang melanda.

Uhhh i'm sorry Dear..

..Nothing in this world could ever be as wonderful as the love you've given me.. Your love makes my days so very bright, just knowing you're my darling husband..

I LOVE YOU.

November 17, 2010

Sebening Aidiladha


Raya kali ni merupakan raya kali kedua tanpa parents di sisi sebab pergi menunaikan haji. Tapi kali ni laaaagi sedih sebab Mak pergi tak kembali. Mak tak akan beraya lagi dengan kami. Aidilfitri yang lalu merupakan kenangan raya terakhir kami bersama Mak. Syukur aku berkesempatan. Ingatan tak akan luput.

Sorry la lately ni asik entri bernada sedih saja. Mana mungkin nak bernada seronok dek kehilangan paling besar dalam hidup ini. Anyway, hidup mesti diteruskan. Insan tersayang masih ramai di sisi. Raya kali ni aku memang nak luangkan masa dengan adik-adik. Alhamdulillah, my MIL sangat memahami. Actually raya kali ni turn bersama in laws tapi disuruh beraya dengan adik-adik. 

Sayang Mak. Ada lagi seorang Mak tempat mengadu :)

Raya kali ni aku bertekad, walaupun arwah tiada aku tetap nak masak juadah raya untuk adik-adik. So buat julung kalinya aku tawakal buat rendang pedas ayam tanpa supervision dari Mak. Aaarggh rindunya saat itu! Tapi Alhamdulillah, dapat buat rendang dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat. Haha. Macamana nak ukur kehangatan tu? Sebab rendangnya dah licin :) Pakcik dari Sabak Bernam datang beraya sekeluarga pun sangat-sangat menggemarinya. Adik-adik pilih rendang Kakyongnya dulu instead of rendang pemberian jiran. Syukur, terubat juga duka. 

Early stage. Lokasi pembuatan: Taman Universiti, Skudai.

Almost done. Jauh perjalanan rendang nak beraya di Perak weh!

Dah handsome dalam bekas raya :P

Gandingan mantap geng raya

Yang paling special....

Lemang jagung.. Lemang ni arwah Mak dah tempah sebanyak 3 batang sebelum pergi menunaikan haji - amanat Mak untuk kami adik-beradik makan masa raya... 
".. Kami dah makan Mak, siap masak rendang lagi.." :'( 

Pembuat lemang ni tak nak ambil bayaran, nak sedekah sebab ini tempahan terakhir dari Mak - regular customernya. Kami dapat 3 batang lagi lemang jagung; pemberian mereka yang baik hati dan bersimpati.
Terima kasih tak terhingga.

Rindu rindu serindu rindunya.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez