November 17, 2010

Sebening Aidiladha


Raya kali ni merupakan raya kali kedua tanpa parents di sisi sebab pergi menunaikan haji. Tapi kali ni laaaagi sedih sebab Mak pergi tak kembali. Mak tak akan beraya lagi dengan kami. Aidilfitri yang lalu merupakan kenangan raya terakhir kami bersama Mak. Syukur aku berkesempatan. Ingatan tak akan luput.

Sorry la lately ni asik entri bernada sedih saja. Mana mungkin nak bernada seronok dek kehilangan paling besar dalam hidup ini. Anyway, hidup mesti diteruskan. Insan tersayang masih ramai di sisi. Raya kali ni aku memang nak luangkan masa dengan adik-adik. Alhamdulillah, my MIL sangat memahami. Actually raya kali ni turn bersama in laws tapi disuruh beraya dengan adik-adik. 

Sayang Mak. Ada lagi seorang Mak tempat mengadu :)

Raya kali ni aku bertekad, walaupun arwah tiada aku tetap nak masak juadah raya untuk adik-adik. So buat julung kalinya aku tawakal buat rendang pedas ayam tanpa supervision dari Mak. Aaarggh rindunya saat itu! Tapi Alhamdulillah, dapat buat rendang dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat. Haha. Macamana nak ukur kehangatan tu? Sebab rendangnya dah licin :) Pakcik dari Sabak Bernam datang beraya sekeluarga pun sangat-sangat menggemarinya. Adik-adik pilih rendang Kakyongnya dulu instead of rendang pemberian jiran. Syukur, terubat juga duka. 

Early stage. Lokasi pembuatan: Taman Universiti, Skudai.

Almost done. Jauh perjalanan rendang nak beraya di Perak weh!

Dah handsome dalam bekas raya :P

Gandingan mantap geng raya

Yang paling special....

Lemang jagung.. Lemang ni arwah Mak dah tempah sebanyak 3 batang sebelum pergi menunaikan haji - amanat Mak untuk kami adik-beradik makan masa raya... 
".. Kami dah makan Mak, siap masak rendang lagi.." :'( 

Pembuat lemang ni tak nak ambil bayaran, nak sedekah sebab ini tempahan terakhir dari Mak - regular customernya. Kami dapat 3 batang lagi lemang jagung; pemberian mereka yang baik hati dan bersimpati.
Terima kasih tak terhingga.

Rindu rindu serindu rindunya.

3 komentar:

Netz on 18 November, 2010 18:12 said...

sadap lak aku tgk rendang tu....
lemang jagung tu manis ke? x penah makan le puloks...
eh, ayah ko bila balik sini? mestinya ko & adik2 x sabar kan nak jumpa..

..: MuZaiY :.. on 19 November, 2010 11:09 said...

memang sadap pun haha. eceh.
loh.. tak pernah makan? aku ingat org Jb jek yg x pernah mkn. sedap woo.. tang kepalanya tu lagi heaven + pekat2 santan gituh.
abah aku balik 7hb 12 kalau ikut jadual.. tp die try apply awal lg kalau dpt. memang x sabo nak nyambut dia

Yanz on 29 November, 2010 13:27 said...

Yong..nak resepi...nampak sangatlah cedap..

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez