November 25, 2010

I.L.U


To My Dearest LOVE,


Hampir terlupa sebenarnya, hinggalah pagi semalam setelah tiba di office aku menerima sms cinta dari yang tercinta.. Ya Tuhan, tarikh yang selama ni terpahat dalam ingatan tapi nyaris hilang dek kecelaruan jiwa yang melanda.

Uhhh i'm sorry Dear..

..Nothing in this world could ever be as wonderful as the love you've given me.. Your love makes my days so very bright, just knowing you're my darling husband..

I LOVE YOU.

November 17, 2010

Sebening Aidiladha


Raya kali ni merupakan raya kali kedua tanpa parents di sisi sebab pergi menunaikan haji. Tapi kali ni laaaagi sedih sebab Mak pergi tak kembali. Mak tak akan beraya lagi dengan kami. Aidilfitri yang lalu merupakan kenangan raya terakhir kami bersama Mak. Syukur aku berkesempatan. Ingatan tak akan luput.

Sorry la lately ni asik entri bernada sedih saja. Mana mungkin nak bernada seronok dek kehilangan paling besar dalam hidup ini. Anyway, hidup mesti diteruskan. Insan tersayang masih ramai di sisi. Raya kali ni aku memang nak luangkan masa dengan adik-adik. Alhamdulillah, my MIL sangat memahami. Actually raya kali ni turn bersama in laws tapi disuruh beraya dengan adik-adik. 

Sayang Mak. Ada lagi seorang Mak tempat mengadu :)

Raya kali ni aku bertekad, walaupun arwah tiada aku tetap nak masak juadah raya untuk adik-adik. So buat julung kalinya aku tawakal buat rendang pedas ayam tanpa supervision dari Mak. Aaarggh rindunya saat itu! Tapi Alhamdulillah, dapat buat rendang dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat. Haha. Macamana nak ukur kehangatan tu? Sebab rendangnya dah licin :) Pakcik dari Sabak Bernam datang beraya sekeluarga pun sangat-sangat menggemarinya. Adik-adik pilih rendang Kakyongnya dulu instead of rendang pemberian jiran. Syukur, terubat juga duka. 

Early stage. Lokasi pembuatan: Taman Universiti, Skudai.

Almost done. Jauh perjalanan rendang nak beraya di Perak weh!

Dah handsome dalam bekas raya :P

Gandingan mantap geng raya

Yang paling special....

Lemang jagung.. Lemang ni arwah Mak dah tempah sebanyak 3 batang sebelum pergi menunaikan haji - amanat Mak untuk kami adik-beradik makan masa raya... 
".. Kami dah makan Mak, siap masak rendang lagi.." :'( 

Pembuat lemang ni tak nak ambil bayaran, nak sedekah sebab ini tempahan terakhir dari Mak - regular customernya. Kami dapat 3 batang lagi lemang jagung; pemberian mereka yang baik hati dan bersimpati.
Terima kasih tak terhingga.

Rindu rindu serindu rindunya.

November 13, 2010

Setelah Seminggu


Hari ini genap seminggu pemergian insan yang tersayang dalam hidupku... MAK.

Luluh hati ini dikala menerima kiriman SMS dari Abah yang masih berada di tanah suci mengenang kehilangan insan yang dicintai..

"Telah seminggu pemergian insan tersayang kita. Namun demikian, sesaat pun ingatan kpdnya tidak luput. Ya Allah, cucurilah rahmat ke atasnya dan himpunkan ke dlm golongan org solehah, Amin."
Received: 01:50:31pm
13-11-2010
From: Abah (Makkah)

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada Abah untuk meneruskan ibadahnya di sana. Hanya Kau yang maha mengetahui hikmah di sebalik setiap kejadian. Kami adik-beradik di sini dalam usaha memulihkan kekuatan walaupun perit. Mak pergi tak kembali. Kami tak dapat menatap wajah Mak buat kali terakhir sebelum disemadikan. Tapi kami redha.. Mak pergi di tempat yang mulia, itulah yang terbaik. Hanya kenangan yang terus tersemat di hati.


Aidilfitri terakhir bersama Mak. Al-fatihah.

November 06, 2010

Pemergian Mak Tersayang


Lambaian terakhir IBUku.. Selamat jalan Mak.. 
Tenanglah Mak di sana bertemu Dia yang lebih menyayangimu.
Kasih sayang Mak tetap di hati ini. Selama-lamanya. Al-Fatihah.

- - - -

Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya
Padamu ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati

Ku tatapi
Potret mu berulang kali
Ku renungkan
Kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu

Tempatkan mereka…
Diantara kekasih-kekasihMu 
Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untuk mu ibu
Ampuni lah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu…

Saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka…
Diantara kekasih-kekasih
Mu oh ibu

Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untuk mu ibu

Ampuni lah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu…
Ibu…

Kini aku
Hilang tempat mengadu

Oh ibu
Damailah engkau disana
Ku taburi doa mewangi
Hadiah dari anak mu
IBU…

- - - -
Kami doakan roh arwah Mak dicucuri rahmat.. Kami juga doakan agar Abah tabah dalam menghadapi dugaan atas kehilangan insan yang tersayang... Sesungguhnya Mak antara yang terpilih bersemadi di sana. Syukur.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez