September 29, 2010

Open Sesame


Berbalik kepada topik raya yang sentiasa hangat menghiasi blog muslimin-muslimat sehingga ke penghujung Syawal. Jadual harian dipenuhi dengan undangan open sesame house hatta siang atau malam. Kadang-kadang sampai 3 undangan hari yang sama. Selaku yang dijemput pastinya kami tidak akan menghampakan undangan tuan. Ngehngeh.




Rumah Tuan Tanah Kedaung pun tak mau ketinggalan untuk menganjurkan acara tersebut. InsyaAllah akan diadakan dalam masa terdekat. Undangan adalah terhad - bergantung pada kekuatan mental & fizikal tuan rumah untuk menyiapkan hidangan secara pukal. Kalau dah namanya pukal, peralatan memasak juga haruslah bersaiz pukal.
Tapi tak mungkin akan terjadi sebab ketiadaan peralatan yang bersaiz sebegitu. Sebab saya bukan tokeh caterrer.

Cuma ingat pesan mak, buat apa yang mampu saja. Baiklah mak, saya akan ikut nasihat mak. Yahoo!! [dalam hati].

September 27, 2010

Graduasi


Majlis Konvokesyen ke-45 UTM 25-27 September 2010.


Tahniah dan terharu.

Sudah beberapa season daku tidak lagi menyarung jubah konvo yang berat [tapi nampak gah itu] pada majlis konvokesyen sebagai pengiring graduan masuk ke dewan. Rindu juga saat itu - saat sarung jubah sebab terasa macam ada aura mengalir dalam adrenalin [eceh] yang meremangkan bulu roma - bukan seram, tapi bangga. Teruslah daku terkenang memori indah masa konvokesyen dulu dengan kengkawan yang dirindui. Walaupun kini lain kaler jubahnya tapi feel tetap sama. Walaupun kini lain design dewannya tapi feel masih sama. Yang beza kini daku tak naik pentas terima scroll. Belum sampai seru lagi. Niat ada, seru belum ada [sekali lagi seru dipersalahkan].

Tapi seru untuk ke tapak pesta konvokesyen selalu sampai haha. Bukan sesuatu yang menghairankan. Tak perlu formula untuk dihafal atau tugasan yang perlu disiapkan [jangan tiru alasan malas belajar ini]. Persiapkan diri dan keimanan saja. Kalau tak kuat iman, maka kuatlah pengeluaran duit dalam simpanan purse. Yang pasti, pesta konvo yang berlangsung setelah kami mendapat GAJI adalah sesuatu yang HEAVEN.


Foto-foto cun ihsan Pak Google.
Background music: Graduation (friends forever) by Vitamin C. Nyanyi sendiri.

September 23, 2010

Potret Aidilfitri



Antara rakaman warna-warni sambutan Aidilfitri di Bota, Perak.

Perkumpulan famili tersayang in purple theme bersama Opah coMEY.
Penulis lagi comey, dah tertidur.


Perkumpulan sebelah Mak @Padang Tenggala - 1st of Eid.


Perkumpulan sebelah Abah @Bota Kiri - 2nd of Eid, sebelum acara pelepasan
"le tour de raya".


Rakaman selanjutnya yang berjuta-juta lemon lagi boleh didapati di fb.
Selagi stok foto masih ada untuk ditag.

September 12, 2010

Cuti Raya


Salam Aidilfitri - hari yang ketiga.

Entri kali ini sangat ringkas memandangkan tuan tanah sibuk dengan sambutan raya. Mood nak memblog belum nampak lagi. Yang nampak sekarang ialah kuih raya dan tetamu yang datang bertamu atau diri sendiri yang menjadi tetamu [Ape-ape tah. Kes mabuk lemang raya].

Sekian. Maaf Zahir Batin.

Sesibuk tangan yang bersimpang-siur

September 07, 2010

Salam Aidilfitri


Bahang raya makin dekat - sudah no feeling nak kerja. Normal lah tu setiap tahun gitu. Tahun ni agak luar biasa normal sebab sangat teruja nak pulang ke kampung halamanku yang saaaangatlah dirindui. Balik beraya bersama en.asben terchenta. Dulu memandu secara solo, sekarang berduet. Dulu pilot, sekarang co-pilot saje hehe.

Esok 8 September 2010 kami akan bertolak pulang ke Bota, Perak. Dijangka akan bersahur secara sihat & berkhasiat di McD 24hrs berdekatan sebelum exit tol Skudai sampailah ke tol Gopeng.. Mudah-mudahan perjalanan kami esok diberkati & dilindungi olehNya. Doakan ye =)

Dikesempatan ini [aiceh macam on air pulak] nak mengucapkan..


Nota : Gambar sebenar hari raya tahun sebelum ini.
Bukan lakonan semata-mata untuk mengambil gambar lalu berpakaian lengkap macam raya walaupun sebenarnya belum raya pon lagi.
No power, nyah [tak kuase, nyah].


Okeh, dah boleh menyanyi lagu tema seterusnya..

"Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama, ingin berjumpa sanak-saudara, yang selalu bermain di mata.. Ohohoo BALIK KAMPUNG!"

September 06, 2010

Menghitung Hari


Mari mula membuat kira-kira iaitu mengira hari nak pulang ke kampung!
As easy as 1 2 3. Ewah.

                                    Counting the 3 days


Dalam hati sudah berlagu riang ..

"Oh gembira, rasanya hati pengembara, dapat pulang BERDUET dengan yang tersayang .." =)

Okay, esok tukar lagu lain pulak.

September 01, 2010

Tentang Karipap


Kelakar. Sumpah tak tipu.

Tajuk Buku : Karipap-karipap Cinta oleh Nazri M. Annuar

Amatlah disarankan untuk anda membacanya. Cover nampak macam filem tapi belum bikin lagi. Dengarnya bakal difilemkan. Cuba tengok kat bawah penjuru kiri cover - DOLAH DIGITAL. Haha. Banyak lagi unsur-unsur komedi yang mencuit hati bila tengok covernya saja. Ceritanya sempoi tapi bikin gelak hampir guling [belum guling lagi]. Selama ni daku gelak bila baca komik Apo? atau Ujang saja. Buku jarang yang buat daku ketawa. Yelah, takkan cooking book boleh buat kelakar pulak. Apatah lagi buku Pengajian Am. 

Tapi buku ni yang pertama seumpamanya buat daku gelak tak pun tahap tersengih-sengih. Kalau gelak kang en.asben asik tanye jek apehal? Aiseh malas nak bukak cerita. Ganggu konsentrasi. Karipap pun boleh jadik penyebab cinta. Harga di pasaran RM14 aje [harga buku, bukan karipap] tu belum lagi diskaun kalau anda ahli kedai buku MPH atau Badan Cemerlang dan lain-lain.

Sesuai untuk bacaan sempena nak raya, sebab dalam hati berlagu riang. So kena la baca yang riang-riang aje. Jangan bikin spoil mood =)

Satu lagi, costume sang hero yang kat cover tu mengingatkan daku zaman kenakalan dan kemelampauan kitorang masa belajar dulu >> 

 
Kita geng lah hoho!
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez