September 01, 2010

Tentang Karipap


Kelakar. Sumpah tak tipu.

Tajuk Buku : Karipap-karipap Cinta oleh Nazri M. Annuar

Amatlah disarankan untuk anda membacanya. Cover nampak macam filem tapi belum bikin lagi. Dengarnya bakal difilemkan. Cuba tengok kat bawah penjuru kiri cover - DOLAH DIGITAL. Haha. Banyak lagi unsur-unsur komedi yang mencuit hati bila tengok covernya saja. Ceritanya sempoi tapi bikin gelak hampir guling [belum guling lagi]. Selama ni daku gelak bila baca komik Apo? atau Ujang saja. Buku jarang yang buat daku ketawa. Yelah, takkan cooking book boleh buat kelakar pulak. Apatah lagi buku Pengajian Am. 

Tapi buku ni yang pertama seumpamanya buat daku gelak tak pun tahap tersengih-sengih. Kalau gelak kang en.asben asik tanye jek apehal? Aiseh malas nak bukak cerita. Ganggu konsentrasi. Karipap pun boleh jadik penyebab cinta. Harga di pasaran RM14 aje [harga buku, bukan karipap] tu belum lagi diskaun kalau anda ahli kedai buku MPH atau Badan Cemerlang dan lain-lain.

Sesuai untuk bacaan sempena nak raya, sebab dalam hati berlagu riang. So kena la baca yang riang-riang aje. Jangan bikin spoil mood =)

Satu lagi, costume sang hero yang kat cover tu mengingatkan daku zaman kenakalan dan kemelampauan kitorang masa belajar dulu >> 

 
Kita geng lah hoho!

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez