October 27, 2011

I follow



Hmm malam ni tak dapat follow cerita si Peah ni.. Akibat bertugas demi bangsa dan negara. Takpe, boleh tengok menerusi tiubkau [tak senonoh pulak bunyiknye haha].

Sangat mengantok. Tu simptom biasa bila di opis. Cer kalau kat rumah, cerah bijik mata. Sok mau travel and living dengan mr.hubby. Yey!

October 22, 2011

Dotties


Hari minggu yang menghujankan [huh rosak bahasa].

Teringin nak makan sesuatu yang comey tapi gebus dan panas dan manis dan ...dot-dot. Gi jenguk dapur orang jap secara maya then selak dapur - eh, selak lemari check barang-barang. Ok semua ada.

Lalu terus menghasilkan yang begini;


 
Apam Dotties~

275gm tepung gandum
220gm gula halus [kalau letak filling manis kurangkan le]
3 biji telur [fresh from fridge]
120ml fresh milk [aku guna low fat.. sehaaatttt]
3sdt baking powder
1sdt ovalette
1sdt esen vanilla
assorted colors [eh macam katalog giant lak]
filling ikut feeling : blueberry/kaya/stroberi etc. Aku pilih kaya [available stock huhu]

Cecaranye sangat sempoi.. Mix semua except kaler and filling. Maximum speedo tau. Dah gebus bahagi la ikut kaler ikut suka-suki. Then masuk suku dalam acuan, letak filling then tutop abis.. Pastu deko-deko dot-dot. Kukus 15-20 min. Siap!!




Bagai cendawan tumboh selepas hujan. Seronok Papa Smurfs.


October 21, 2011

Selesai Sudah


Dah lama tak berstory-mory pasal kerja. Bukan takde kerja tau. Of course lah kena highlight certain things aje takkan hari-hari nak report kan. Kali ni nak highlight projek mega [projek juta-juta] kami jadi host untuk international conference 17-18 Oktober yang lalu. Bukan tak pernah organize conference sebelum ni, tapi this time yang dikategorikan sebagai mega sebab venue conference tu adalah di dalam rumah [in house] kami. Bukan lagi kat hotel yang kau boleh order saja kat event manager hotel susun tuh susun nih. Bayangkan lah semua kerja tu kami yang buat. Penat toksah cakap la, pulak tu daku ni dalam urusetia persiapan dewan. Sila bayangkan keligatan daku nak menyusun dewan konvo segabak itu. Akibatnya tiap malam mr.husband jadi tukang urut kaki mokcik ni haa dah raso nak torcabuit.... Many thanks dear :)

Conference in progress :)
Well kalau bersidang antara program wajib anjuran tuan rumah mestilah conference dinner.. So kami buat kat Restoran Seafood di Senibong, Malam tu beramai-ramai kami naik bas [5 bijik bas] angkut urusetia dengan peserta ke sana. 

Ni antara menu malam tu. Antara ye, bukan semua. Ada banyak lagi. Sengaja kami pilih menu gitu, biar mat & minah saleh berasap telinga makan kupang masak lemak cili padi & sotong bakar tu :D
Yang ni menu spesel kat restoran tu. Tajuknye "Crispy Kailan". Kitorang panggil bunga rampai haha. Tapi sangat sedap i tell u.. Kailan tu dihiris halus dan goreng. Resepi detail - rahsia kata owner kedai tu. Ceh..

Tapi takkan la jamu tekak semata kan.. mestilah nak menjamu halwa telinga sekali. Baru happening. So ada la sorang artis lama ni yang menghiburkan kami.. Siapakah??
Cam tak? Cer teka cer teka..
-
-
-
-
-

Tu Ayai le.. Vokalist kumpulan Ilusi dolu-dolu tu. "Suaramu.. Gemersiknya bak buluh perinduuuu.." Ewah! Eh lain kan dia? Dah makin sehat nyah.. Lama tak muncul kan. Tapi suaranye tetap mantop tau.. Bila dia cakap nak nyanyi lagu hit Ilusi tu wuuih bersorak-sorai kitorang. Rindu nak dengar lagu tu.. Secara live lagi. Ok la dia pandai handle event dan paling penting dia boleh communicate in English sebab ada international participants. Syok sangat malam tu, dah penat kerja siangnye - gi makan busat dan nyanyi lagu ramai-ramai dengan Ayai :) Pastu kenyang tak hengat. Alhamdulillah.

*gambos from my friend's FB & official photographer.

October 10, 2011

Selamat Hari Jadi MAK


10.10.11

59 tahun yang lalu my beloved MAK dilahirkan.. Namun Mak hanya mengecapi 58 tahun bernafas di muka bumi Allah ini bersama dengan yang tersayang. Hari jadi tahun ni Mak dah kembali kepada yang lebih berhak.

Alarm reminder "Besday Mak 59" tetap berbunyi. Cuma yang bezanya mulai tahun
ni dan seterusnya aku tak akan dapat lagi nak ucap those happy words pada insan yang diraikan. How I wish I could do that now and forever.. Tapi siapalah kita yang nak melengahkan ketentuan-Nya.

"Mudah-mudahan doakan mak sihat. Alhamdulillah buat masa sekarang sihat. Terima kasih d atas ingatan. Kirim salam kat semua."

Received:
07:13:23am
10.10.2010
From:
Mak
+6012540****

~Itu sms balasan dari Mak lepas aku wish besdaynya last year.. 10.10.10. [perfect ten!] ...Yakni 27 hari sebelum Mak meninggalkan kami... Baru aku perasan, ayat sms Mak "buat masa sekarang sihat" tu merujuk pada 27 hari tersebut agaknya.... Al-Fatihah.


Sayang Mak sampai bila-bila.

October 08, 2011

Langit Menangis



Musim hujan. Kalu tak pagi, petang. Kalau tak petang, malam. Kesimpulannya hari-hari pon hujan dan sejuk. Kesejukan yang membawa kemalasan. Saat aku berblog ni pun sedang hujan kaw-kaw di luar. So, marilah bermalas-malasan bersempena hari cuti ini haha.

Hati menangis siapa yang tahu?? *Tetiba.

October 02, 2011

Man Laksa


Hohoh! Jangan harap daku nak wat review lak pasal movie tu yang duk ulang tayang 88 kali dah kat astro. Dah la tak best, duk ulang-ulang lagi. Cemuih aih!

Dah lama tak ber-entri makanan; dalam erti kata dah lama tak ber-blog sebenarnya. Misi weekend kali ni memasak laksa Penang. Inspired by Chef Bobby Chin. Tak, bukan dia yang masak - dalam program tu dia gi Penang pastu nyonya Penang tu yang masak. Haiya ah soh, lu sulah bikin gua kecur liur telus wa mau bikin itu laksa lorr.. Ni lah padahnye jika kerap menonton channel 703 dan 707, banyak memberi inspirasi memasak dan melantak. Kalau encik asben pulak suka channel 555, so beliau sangat berinspirasi untuk pegi berperang haha.


My hubby sangat fanatik dengan laksa negeri kelahiran dan kebesaran beliau la.. laksa Johor. Tapi wifenye agak kurengg sama itu menu. Susah aku nak accept spaghetti bergandingan dengan kuah ikan bersantan huhu. Tapi boleh gak la jamah-jamah.. Bukan mencik langsung. Kalau laksa Penang memang laju je aku. My BFF Mokyan sangat hantu okeh.. Dia kalau tiap minggu hadap pun aku tak rasa pelik. Tapi jangan offer kat my sefufu, the lady gagah Razila Razak. Walaupun beliau seorang yang pemasak dan pemakan, tapi tang laksa dia kalah. Ajaib kan?


Siap sudah menu hari Sabtu, for the whole day.. Dari lunch santak ke dinner. Buat sendiri, ikan kembong 1kg aku taruk. Pekat likat! Tak macam orang berjual tu cayooor aje. Telur rebus pun tarak. Bagi aku takde telor tak kick arr.. Nenas aku tak kesah sangat takde pun takpe - tapi tu aksesori patut ada dalam laksa Penang sebenarnye :) Cheq makan dulu naa...


 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez