October 21, 2011

Selesai Sudah


Dah lama tak berstory-mory pasal kerja. Bukan takde kerja tau. Of course lah kena highlight certain things aje takkan hari-hari nak report kan. Kali ni nak highlight projek mega [projek juta-juta] kami jadi host untuk international conference 17-18 Oktober yang lalu. Bukan tak pernah organize conference sebelum ni, tapi this time yang dikategorikan sebagai mega sebab venue conference tu adalah di dalam rumah [in house] kami. Bukan lagi kat hotel yang kau boleh order saja kat event manager hotel susun tuh susun nih. Bayangkan lah semua kerja tu kami yang buat. Penat toksah cakap la, pulak tu daku ni dalam urusetia persiapan dewan. Sila bayangkan keligatan daku nak menyusun dewan konvo segabak itu. Akibatnya tiap malam mr.husband jadi tukang urut kaki mokcik ni haa dah raso nak torcabuit.... Many thanks dear :)

Conference in progress :)
Well kalau bersidang antara program wajib anjuran tuan rumah mestilah conference dinner.. So kami buat kat Restoran Seafood di Senibong, Malam tu beramai-ramai kami naik bas [5 bijik bas] angkut urusetia dengan peserta ke sana. 

Ni antara menu malam tu. Antara ye, bukan semua. Ada banyak lagi. Sengaja kami pilih menu gitu, biar mat & minah saleh berasap telinga makan kupang masak lemak cili padi & sotong bakar tu :D
Yang ni menu spesel kat restoran tu. Tajuknye "Crispy Kailan". Kitorang panggil bunga rampai haha. Tapi sangat sedap i tell u.. Kailan tu dihiris halus dan goreng. Resepi detail - rahsia kata owner kedai tu. Ceh..

Tapi takkan la jamu tekak semata kan.. mestilah nak menjamu halwa telinga sekali. Baru happening. So ada la sorang artis lama ni yang menghiburkan kami.. Siapakah??
Cam tak? Cer teka cer teka..
-
-
-
-
-

Tu Ayai le.. Vokalist kumpulan Ilusi dolu-dolu tu. "Suaramu.. Gemersiknya bak buluh perinduuuu.." Ewah! Eh lain kan dia? Dah makin sehat nyah.. Lama tak muncul kan. Tapi suaranye tetap mantop tau.. Bila dia cakap nak nyanyi lagu hit Ilusi tu wuuih bersorak-sorai kitorang. Rindu nak dengar lagu tu.. Secara live lagi. Ok la dia pandai handle event dan paling penting dia boleh communicate in English sebab ada international participants. Syok sangat malam tu, dah penat kerja siangnye - gi makan busat dan nyanyi lagu ramai-ramai dengan Ayai :) Pastu kenyang tak hengat. Alhamdulillah.

*gambos from my friend's FB & official photographer.

2 komentar:

cik sally on 21 October, 2011 14:54 said...

gemoknye ayai..aku ingt datuk shake td huhu..salah tekaan ku

..: MuZaiY :.. on 21 October, 2011 15:12 said...

kahkah lagi hebat bleh jadik datok shake plak!! kitorang pun masa memula sampai sana langsung tak prasan dia tu Ayai yg dulunye kurus cengkong skang dah membesar bagai johan! :D

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez