August 25, 2011

Menjelang SYAWAL


 Maaf Zahir dan Batin

Kepada mereka yang nak balik kampung tu hati-hati memandu, semoga selamat tiba beraya di kampung dengan yang tersayang 


InsyaAllah, kami suami isteri akan beraya di Perak; walaupun kalau ikut sistem giliran kami beraya di Pontian tahun ini. Namun SYUKUR sangat keluarga mertua terutamanya my beloved MIL begitu memahami keadaan kami yang beraya buat pertama kalinya tanpa MAK *. Terima kasih tak terhingga.. Moga ALLAH panjangkan usia Mak Odah untuk kami menumpang kasih sayangmu di dunia ni.

Tak dapat membayangkan bagaimana nak menempuh Aidilfitri pertama tanpa Mak nanti. Doakan kami sekeluarga tabah ya! ALLAH, please give us strength.

~ Salam Aidilfitri penuh kemaafan dariku untukmu =)

* Heart-touching article written by my 3rd bro, Ajam.

August 23, 2011

Billu



Err korang dah nengok cite nih? Ke aku yang ketinggalan?? Huh nampak sangat kemunduran aku skang nak memfollow cite hindustan ni yek. Dulu masa zaman kegemilangan kemain lagi aku ni antara peminat tegar jugak la. Tapi member aku lagi extra tegar sampai gi konsert abang Rukh! Yang lagi sorang siap beli majalah Filmfare yang originally from yindia tu. Haku tompang baca jek haha.

Malam tadi baru tayang kat Zee channel [dah banyak kali tayang kot, aku ni je yang BARU tengok]. Actually aku dah pernah tertengok kat TV3 dah cite nih tu yang tau best. Ghopenye dah produced tahun 2009 dulu dah.. Heh nampak benor kau ketinggalan zaman. *Terus tutup muka kiki bahh...!!*

Syok eh cite ni.. Sangat touching. Pasal ketaksuban orang kampung bila dapat tahu si Billu ni masa keciknye dulu pernah berkawan dengan hero pujaan ramai; Sahir Khan - sampaikan kawan tu tertekan sebab dituduh menipu, mereka-reka cerita bila dia tak dapat jumpa personally dengan si Sahir. Klimaksnya bila Sahir Khan tu datang umah Billu - haaa kau, terbeliak sume mata orang kampung!

Aku tertengok cite tu pun sebab ade abang pak Rukh tu la.. Kalau hero sekarang ni tak menarik sangat untuk ditonton.com.my. Semua muka stok jambu-jambu je. Cer tengok hero dulu macam incik Akshay Kumar tu kan macho.. berbulu lebat lagi kahkah! :P

Eh tetiba datang mood nak layan video klip Hindustan pulak.. Hmm mana pegi tah CD dan kaset yang aku beli  berlambak-lambak dulu. Untung banyak woo Pakcik Mydin kat Jalan TAR masa tu :D

August 17, 2011

H.A.R.A.M



Syukur daku tak terjebak menggunakan butter ni. Memang aku tak pandang pon sebab mahal bebenor! Walaupun dorang kata sedap - membuatkan kek dan biskut jadik gebu-gebuan tapi still not interested, lagi pon aku bukan pengusaha kek lapis. Simpati jugak bila pengusaha-pengusaha ni rugi berjuta-juta lemon ringgit sebab dah beli pukal stok butter tu sempena raya ni.. Tapi laaagi rugi kalau kau jual benda yang dah sah HARAM. Rugi sebab berdosa. Rezeki pun tak berkat.

So kepada anda yang pernah menggunakan butter ni, sila lah SAMAK aksesori baking anda tu ye. Kalau susah nak jumpa tanah [???] sila humban terus no regret! Lepas ni tokeh Jusco/Tesco/Giant etc. kena letak butter ni kat seksyen non-halal bergandingan dengan air mabok-mabok, daging bab dan seangkatan dengannya.

August 14, 2011

Che' Som Balik Rumah


Dessert hari ini - Sabtu, 13 Ramadhan.
Che' som-som di dalam rumah [in da house]. Bertemakan Kumpulan Jambu.


Feeling presentation ala Mat Gebus kahkah!


Inspired by Ralph Lauren Razila Razak.

Many thanks.

August 13, 2011

Bila Rindu




Ni salah satu video kenangan di Tanah Suci Makkah.. Video kami bertalbiyah dalam van otw dari tanah halal ke Tanah Haram. Bila dah niat umrah di Miqat [masa ni kami bermiqat di Taneem], dalam perjalanan dari Taneem ke Tanah Haram tu jemaah disunatkan bertalbiyah; laungan suci mengiringi ibadah umrah selepas tu..

Rindu kat Madinah dan Makkah ni memang kuat. Tak macam kita pergi melancong ke tempat lain. Kalau dah ke Paris tu, agak-agak rindu nak ke sana lagi ke? Mungkin rasa puas dah dapat ke sana. Walaupun aku ni tak lah pernah sampai ke Paris tu, tapi aku pasti feel tu takkan sama dengan Tanah Haram. Walaupun bersesak-sesak, berpanas terik dan tak seromantik macam Kota Paris tu, tapi hati dan minda kita ni tetaaaap tenang, percayalah.

Rindu ni semakin kuat sebab Mak ada kat sana.. Itulah hikmahnya. Mak bersemadi di sana dan Allah buka peluang untuk aku [dan family] ke sana. Kalau tak mungkin masa ni aku mengutamakan London, Australia dan yang sewaktu dengannya dalam senarai destinasi impian. Nak ke Tanah Suci ni konon tunggu dah berumur sikit lah.. Tapi, bila dah ke sana terus tukar persepsi – elok kalau ke sana masa tengah muda, tenaga masih kuat nak beribadat. Kita pun happy dan puas buat semua ibadah dan mudah-mudahan diterima-Nya :) 

Semua umat Islam mengimpikan untuk ke sana kan, dan moga Allah SWT permudahkan impian kita.. Amin.

August 08, 2011

Crystal Clear


Sejak berpuasa ni nafsu nak buat dessert memang meluap-luap. Antara sebabnye kalau dibeli di bazar tu banyak yang menguciwakan tekakku ini. Anti klimaks betol! Nampak macam nyaman jek, tapi tang rasa hampeh.. Rata-rata diorang tu nak jimat gula. Silap haribulan langsung tak taruk pon! Contoh puding koktel kastard tu ha toksah la dibeli.. Memang tak boleh blah. Harga semangkuk kecik tu makin lama makin naik, tapi kuahnye makin lama makin surut. Tu belum masuk bab rasa lagi. Better buat sendiri, kuah sampai penuh mangkuk pun kau boleh taruk siap hirup lagi dek sedap sesangat. [eh terpuji buatan sendiri pulek ehehe].

So bersempena berweekend nih, dessert kali ni daku buat puding laici kristal. Nama macam mewah jek tapi ingredientnye sangat la miskin murah.
Tak guna saffron pun. [hape kejadahnye wat pudding taruk saffron?].

Puding ni ada 2 layers; basenye tu puding roti and on the top is bebuah laici berendam dalam lautan crystal jelly.. Buahnye aje tau, tiada kaitan dengan sirap/air laici tu. So airnya bolehlah dibuat minuman penghilang dahaga time buka posa.
Nampak tak ada unsur multipurpose disitu? 2 in 1.

Resepinye?

Ground floor: [feeling dalam lif]
4 keping roti
1 tin susu sejat ~selaku ejen rendaman bersama roti
4 biji telur [daku wat 3 je – langkah penjimatan haha]
1 sd besar gula
Esen vanilla

~Blend semua tu sampai halus dan kukus 30min. Tak sampai 30min pun sebenarnye. Then sejukkan. 

Top floor:
1 kotak jelly kristal [I used brand Nona – strawberry flavor]
1 tin laici ~ambil buahnye saje untuk hiasan.

~Masak jelly ikut arahan kat kotak tu. Susun buah laici atas puding roti dan tuang jelly atas gandingan puding dan laici tadi. Sejukkan.

Just imagine those 3 combinations; Puding roti-jelly strawberry-laici.. Bergabung, meletop!! Haha. Sangat nyaman dimakan lepas bertarawikh. Makan time sahur pun ok, puding roti tu kan boleh mengenyangkan.. 


Sekian segmen sharing is caring kali ni, selamat berpuasa dan berbuka! :)

August 07, 2011

9 months


6 Ramadhan 1432H.


Time flies.. 9 months without her. But her LOVE remains. Al-fatihah.

August 06, 2011

Don't Give Up!


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah, jangan menyerah..

~D'Masiv 

Lirik yang bermotivasi. I like.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez