August 13, 2011

Bila Rindu




Ni salah satu video kenangan di Tanah Suci Makkah.. Video kami bertalbiyah dalam van otw dari tanah halal ke Tanah Haram. Bila dah niat umrah di Miqat [masa ni kami bermiqat di Taneem], dalam perjalanan dari Taneem ke Tanah Haram tu jemaah disunatkan bertalbiyah; laungan suci mengiringi ibadah umrah selepas tu..

Rindu kat Madinah dan Makkah ni memang kuat. Tak macam kita pergi melancong ke tempat lain. Kalau dah ke Paris tu, agak-agak rindu nak ke sana lagi ke? Mungkin rasa puas dah dapat ke sana. Walaupun aku ni tak lah pernah sampai ke Paris tu, tapi aku pasti feel tu takkan sama dengan Tanah Haram. Walaupun bersesak-sesak, berpanas terik dan tak seromantik macam Kota Paris tu, tapi hati dan minda kita ni tetaaaap tenang, percayalah.

Rindu ni semakin kuat sebab Mak ada kat sana.. Itulah hikmahnya. Mak bersemadi di sana dan Allah buka peluang untuk aku [dan family] ke sana. Kalau tak mungkin masa ni aku mengutamakan London, Australia dan yang sewaktu dengannya dalam senarai destinasi impian. Nak ke Tanah Suci ni konon tunggu dah berumur sikit lah.. Tapi, bila dah ke sana terus tukar persepsi – elok kalau ke sana masa tengah muda, tenaga masih kuat nak beribadat. Kita pun happy dan puas buat semua ibadah dan mudah-mudahan diterima-Nya :) 

Semua umat Islam mengimpikan untuk ke sana kan, dan moga Allah SWT permudahkan impian kita.. Amin.

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez