July 30, 2011

Salam RAMADHAN



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Bulan mulia yang penuh keberkatan.



-
-
-

Dan ini Ramadhan kami yang pertama tanpa MAK - dan yang seterusnya.. :'(

Tak dapat lagi tengok kesibukan Mak di dapur menyiapkan juadah sahur dan berbuka.. Tak dengar lagi riuhnya mulut Mak mengejutkan kami bangun sahur..

Dah tak dapat lagi nak "bergayut" dengan Mak sembang-sembang tentang menu berbuka.. Bila bulan puasa Mak tau aku mesti buat my favourite dessert, kuih badak berendam. Kalau call - Mak mesti tanya dah buat ke belum?  
Ah rindunya!

Ya ALLAH, tabahkanlah hati kami sekeluarga menempuhi hari-hari mendatang tanpa Mak.. Lebih-lebih lagi Abah yang kehilangan teman setianya. 
 
Al-Fatihah buat Mak yang sentiasa dirindui..

~Hati menangis siapa yang tahu~

July 16, 2011

Berbantalkan Durian


Hoih hilang akal ke durian jadik bantal?? Berbantalkan lengan la.. Itu dah kes tidur merempat [homeless]. 


Bukan bukan. Tajuk tetap bantal durian. Tapi ia sejenis makanan. Bagi yang belum tahu ia memang wujud. Siap dikomersilkan lagi. Pergi cari di kedai berdekatan. Tapi kat area rumah aku takde, tu sebab gigih membuat sendiri.


Nak memperkukuhkan lagi reason buat benda tu of course la sebab ada durian yang melimpah-ruah. Sejak dua menjak tiga menjak ni hidup kami dilimpahi dengan kemewahan durian. Eceh. Terima kasih kepada pokok-pokok durian di sekeliling rumah MIL yang berdentum-dentam [effect bunyi] menggugurkan buahnye. Isinye wallaweyyy.. Dah jenuh makan begitu saja so yang selebihnya haruslah buat serawa.. Pastu buat pulak jemput-jemput durian.. Err rasenye jemput durian ni tak ramai yang pernah makan kut? Keluarga mertua pun mula-mula aku buat tu diorang macam pelik tak pernah makan. Tapi lepas tu baluuunnnnn haha :D  

..Rindu nak makan jemput doyan yang Mak buat T__T


Tu semua menu harus buat bila ada doyan. Dah jenuh buat pon siap beberapa kali round. Durian dalam fridge ada lagi 1 tupperware. Nak makan sorang jenuh pulak – en.suami tak gemar durian yang dah sejuk dalam fridge. Dia nak yang fresh jek. Ceh berlagak. Mentang-mentang stok ready sokmo :P 

So aku pun mentry la buat bantal durian nih.. Nampak lain sikit ye dak. Boleh lah… Aku rasa benda nih berkonsepkan kuih ketayap tu ha.. Cuma gantikan dengan inti durian. So kalau ada stok durian terlebih tu boleh la try resepinye yek.


Bahan untuk sarung bantal:
250gm tepung gandum
100ml santan + 400ml air
3 biji telur
Secubit garam
Kaler ikut suka.. Kalau tak letak pun takpe, sarung tu memang dah menguning dah. I used green color.

Bahan untuk isi bantal:
Isi doyan yang diracik + whipped cream [daku guna santan pekat je.. ape yang ada kat umah je lah]
Sedikit gula kalau nak lebih maneesss.. [kalau isi durian tu tak berapa manis la]

Kaedahnya blend semua bahan utk sarung, then sila bergelek bersama non-stick pan. Alah mcm buat ketayap gak la. Then masukkan filling doyan+whipped cream/santan tu kat tengah-tengah. Lipat jadi macam bantal empat segi. Kalau nak gulung pun ok, tukar nama jadik bolster la huahua.

Sedap dimakan sejuk - so sila letak dalam fridge. Baru nyaman nak makan.

Susunan bantal.. Macam tak cukup kekabu je ek haha. Hei nama pun 1st trial..

Filling inside.. Sooo durian. Cuma kalernya kurang menyerlah sebab guna isi durian putih.. Nampak pucat sikit.
Isi yang kuning diraja of course la dah masuk perut awal-awal lagi tak sempat nak simpan!

Selamat mencobak! 

P/s. Sesungguhnya sesapa yang tak makan durian tu satu kerugian yang teramat.. Hilang satu nikmat di donia kan kan kan..


July 03, 2011

Muslimah Idol


Last weekend aku diarahkan berkursus kat Nilai Springs Resort dengan rakan seprofesion.. Dengarkan tajuk macam grooming course je, maklum le nak jaga ketrampilan.. Aku ni tak la terlalu excited berbanding rakan sekerja yang memasing bunyinya sangat berharap dapat pegi. Ghopenye daku yang dicalonkan pegi huhu. Sila menggeget jari ye kengkawan haha! Sebab ape diorang excited nak gi? Sebab ade selebriti daa.. Wardina Safiyyah. Aku rileks je.. Tapi bila dah berpeluang dapat jumpa artis depan mata sapa tak syok kan? :)

Actually course tu 3 hari 2 malam dan slot Wardina tu slot terakhir course.. So on that day, aku menyaksikan pertambahan peserta secara mendadak - daripada 27 orang peserta original, terus tambah 2 kali ganda peserta yang tak berapa nak ori kahkah! Puak penganjur bawak geng tambahan. Semuanye dek penangan Wardina, si cantik maneeesss...

Cantik kan dia? Ceduk from pak google.

So before her arrival, masing-masing dah bayangkan kejelitaannya - bermekap dan berfesyen bagai macam kat dalam MHI tu kan.. Semua teruja nak tengok secara dekat her beauty, lagi pulak topik ceramahnye masa tu tentang "cantik di mata, cantik di hati". Of course lah tampil anggun gituh...

BUT, guess what...?

Bila dia masuk je bilik seminar tu - dia telah memelesetkan jangkaan kami [ayat apakah ini??]. Dia muncul dengan berjubah hitam plain - head to toe and without secalit mekap pun. Ya, sangat simple. Tapi totap cantek. Peserta plak yang menang sebab bermekap tebal-tebalan mengalahkan selebriti. Hihi.

Kagum dan mengkagumkan.

Plain but gorgeous! Ni la imej Wardina yang sebenar.

Dan kitorang bertambah kagum dengan kesungguhan dia berdakwah dalam ceramahnya.. Jelas lagi nyata dia tetap dan teguh dengan imejnya sekarang. Jauh berbeza dengan imej seksinya dulu tu. Siapa sangka kan.. Dan dalam ceramahnye tu dia cakap dia pernah lari rumah [masa era modelling], frust giler putus dengan boyfriend etc. Sekarang... Nampak dia dah bahagia dengan hidupnya. Dan dia tersangatlah motherly. Anak-anak jadi keutamaannye.

Bergambo dengan selebriti harus la frame.. :P Mr.Zaidi pun enter the frame.

Banyak ilmu yang dikongsikan.. Dan sangat best ceramahnya, very energetic. Memang dia aktif berceramah topik Islam dan wanita. All the best to her.. Ni baru betul selebriti idol kan =)

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez