July 03, 2011

Muslimah Idol


Last weekend aku diarahkan berkursus kat Nilai Springs Resort dengan rakan seprofesion.. Dengarkan tajuk macam grooming course je, maklum le nak jaga ketrampilan.. Aku ni tak la terlalu excited berbanding rakan sekerja yang memasing bunyinya sangat berharap dapat pegi. Ghopenye daku yang dicalonkan pegi huhu. Sila menggeget jari ye kengkawan haha! Sebab ape diorang excited nak gi? Sebab ade selebriti daa.. Wardina Safiyyah. Aku rileks je.. Tapi bila dah berpeluang dapat jumpa artis depan mata sapa tak syok kan? :)

Actually course tu 3 hari 2 malam dan slot Wardina tu slot terakhir course.. So on that day, aku menyaksikan pertambahan peserta secara mendadak - daripada 27 orang peserta original, terus tambah 2 kali ganda peserta yang tak berapa nak ori kahkah! Puak penganjur bawak geng tambahan. Semuanye dek penangan Wardina, si cantik maneeesss...

Cantik kan dia? Ceduk from pak google.

So before her arrival, masing-masing dah bayangkan kejelitaannya - bermekap dan berfesyen bagai macam kat dalam MHI tu kan.. Semua teruja nak tengok secara dekat her beauty, lagi pulak topik ceramahnye masa tu tentang "cantik di mata, cantik di hati". Of course lah tampil anggun gituh...

BUT, guess what...?

Bila dia masuk je bilik seminar tu - dia telah memelesetkan jangkaan kami [ayat apakah ini??]. Dia muncul dengan berjubah hitam plain - head to toe and without secalit mekap pun. Ya, sangat simple. Tapi totap cantek. Peserta plak yang menang sebab bermekap tebal-tebalan mengalahkan selebriti. Hihi.

Kagum dan mengkagumkan.

Plain but gorgeous! Ni la imej Wardina yang sebenar.

Dan kitorang bertambah kagum dengan kesungguhan dia berdakwah dalam ceramahnya.. Jelas lagi nyata dia tetap dan teguh dengan imejnya sekarang. Jauh berbeza dengan imej seksinya dulu tu. Siapa sangka kan.. Dan dalam ceramahnye tu dia cakap dia pernah lari rumah [masa era modelling], frust giler putus dengan boyfriend etc. Sekarang... Nampak dia dah bahagia dengan hidupnya. Dan dia tersangatlah motherly. Anak-anak jadi keutamaannye.

Bergambo dengan selebriti harus la frame.. :P Mr.Zaidi pun enter the frame.

Banyak ilmu yang dikongsikan.. Dan sangat best ceramahnya, very energetic. Memang dia aktif berceramah topik Islam dan wanita. All the best to her.. Ni baru betul selebriti idol kan =)

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez