February 24, 2011

Rempit



Satu lagi kemudahan rekreasi di kampus.. berbasikal! Mr.model dengan gaya sopan dan rambang mata memilih basikal idaman. Pinjam je tau, Datuk VC pesan jangan bawak pergi Jusco atau balik rumah anda haha!

Adnan Sendat the series. Seriyes!! Takpe, merempit di litar padang kawad masih ok.




Tengok, jelita kan hero saya? Dah, sila pulang balik beskal tu.

February 14, 2011

Dalam Kenangan - 100 hari


Telah 100 hari Mak tersayang pergi meninggalkan kami, bertemu penciptaNya. Cepat sungguh masa berlalu.

Masih terasa kelainannya tanpa Mak bersama. Sangat janggal - terutama bila kami sekeluarga berkumpul. Cuti CNY yang lepas terasa kejanggalannya bila kami sampai di kampung tanpa Mak datang menyambut macam selalu. Selepas ini tak akan lagi nampak Mak tersenyum menyambut ketibaan kami. Sedih tengok Abah keseorangan :'(
Masa kenduri tahlil di rumah opah ternampak-nampak Mak ada bersama ketika adik-beradik Mak dan saudara-mara berkumpul. Bayang Mak ada di mana-mana. Walau hakikatnya cuma ilusi.

Abah mesti kuat semangat ya!

Apa yang pasti, walau beratus beribu berjuta hari pemergiannya, Mak akan sentiasa dirindui dan diingati. Tak akan luput diingatan. Al-Fatihah.

February 10, 2011

Mekar di Hatiku


Wah macam tajuk lagu berpuitis.. Padahal nak share resepi apam je. Bukan apam balik ye, tapi apam comel yang mudah bangat. Tak perlu ada acuan tembaga berbentuk bulat dan bersudip leper berpayung besar - owh tu macam nak meniaga apam balik. Bukan. Resepinya:

Apam Mekar di Hatiku, Ku Harap Kau Mekarlah Selama-lamanya*

250gm tepung gandum
200gm castor sugar
1 cawan aiskrim soda [dalam tin tu je]
2 biji telur
1 sdt ovalette
1 sdt esen vanilla
Warna-warna cinta [wah]

Methodnye senang aje.. Pukul telur dan gula sampai gebus. Pastu masuk ovallette, esen dan selang-selikan tepung & aiskrim soda. Kalau nak gantikan dengan susu segar pun boleh. Pukul lagi sampai gebus. Tak payah guna mixer, excercise otot lengan tu sikit.

Dah sebati, bolehlah kalerkan dan bahagikan adunan tu. My fav color semestinya pink & green :) Rasa macam sweet sangat color tu [pada aku la]. Nak kaler indigo ke turquoise ke terpulang. Masuk dalam acuan cuppies then kukus about 15 min. Kalau bermalas-malasan nak letak dalam loyang pun boleh, tak berdosa. Tapi cuppies lagi comel dan mengujakan. Oh ye, api dapur tu kena kuat - kalau nak hasil yang mekar merekah. Dan.. siap!!

Sungguh mengujakan bila buka tutup pengukus nampak apam mekar baekk punya.

Pandangan sisi yang berbukit-bukau.

Selamat mencobak! *Tajuk asal: Apam Mekar.

February 01, 2011

Doa'


Hujan itu satu rahmat dari Allah SWT.. Tapi bila turunnya tanpa henti maka gundah-gulanalah makhlukNya yang diuji dengan bencana banjir. Peristiwa hitam tahun 2006 berulang lagi, malah khabarnya lebih dahsyat dari itu. Sangat kasihan.

Sumber: NST Online


YA ALLAH, berikanlah kekuatan kepada mereka yang kini dalam kesusahan, peliharalah keselamatan mereka. Redakanlah bencana yang menimpa..

YA ALLAH, Engkau peliharalah keselamatan pelajar-pelajar Malaysia yang kini dalam ketakutan nun di Mesir sana, hindarkanlah mereka dari perbuatan orang-orang yang zalim.

YA ALLAH, Engkau selamatkanlah perjalanan kami untuk pulang ke kampung bertemu dengan keluarga tercinta. Engkau berilah kebahagiaan kepada kedua ibu bapa kami di dunia dan di akhirat.

AMIN.


 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez