May 31, 2010

Travel & Living : Mersing


Last weekend kami ke Mersing, at first misi utama nak gi jemputan kawen my ex-housemate zue, si budak kecik [dah jadik puan dah]. En.asben lak keje half day ari tu so we decided overnight kat sane jelah - paham2 la sepanjang jalan ke Mersing tu sooo spooky at night. Lalu time siang pun dah terasa aura seramnye sebab sepanjang jalan tu sunyi bangat. Dah macam-macam version cite dah didengar, yang pasti sumenye menyeramkan heee..! Kami bertolak dari Skudai kul 1 dan tibe kat umah pengantin dah kul 3.30ptg.. Kira lewat tuh tapi kat Johor ni tak risau sampai lewat coz kenduri masih rancak till kul 5. Dulu mula-mula aku sampai Johor nih pelik gak, sebab kat kg aku sane kul 3 orang dah cuci pinggan, pengantin dah tukau baju nak join cuci2 service. Kalau yg lewat nak datang pun naik segan, baik batalkan aje hehe. Tapi kat sini pengantin berarak pun after 2pm. So no sweat korang nak datang kul 4.00 pun ok lagik.

Pengantin baru & pengantin tak berapa nak baru :P

Budak kecik ni dah kawen la.. hoho! Gorgeous

Lepas kenduri jek trus ke resort kat Telok Iskandar tajuknye D'Rimba Resort. En.asben sgt familiar dgn Mersing area coz every month die keje kat Mersing & chalet ni la tempat hinggapnye. Not bad.. Tepi laut & affordable.

Sea view from the chalet

Hmm ni pulak misi utama beliau. Layankan ajelah

1st catch : ape tah tajuk ikan nih

Encik ketam ni tumpang lalu agaknye.. Tima kasih la lalu kat mata kail hehe

Dinner kat resort. Nasi gorengnye sangatlah kaw2 syedap

Siakap 3 rasa.. besar punyaaa!!

Kat bandar Mersing ade Angsini, kat JB ade Angsana haha!

The next morning.. jalan-jalan tepian pantai. Air surut nampak batu-batuan

Pose comel bola-bola api


Hah yang ni barulah misi utama daku; otw balik kat Kota Tinggi. Kat sini memang sorga baju murah-murah bisnes org Kemboja & diorang punya kuasa pujukan sangatlah efektif - tanpa sedar daku sudah merembat beberapa pasang kurung cotton haih! Makin banyak singgah kedai makin tambah beg plastik. Pandang yang tu nampak lawa, dongak sket atas lagi lawa. Alalala... rase nak borong sume. Sabo, sabo.. kang tak pasai-pasai kena beli lemari baju pulak!


Dah le tu, moh balik!


May 27, 2010

Pokok ONG


Tidak ketahuan sebenarnye name ini spesis pokok tapi yang pasti beliau sangatlah fofular kat mane-mane orang mesti tanam esp. chinese. Lebih dikenali dengan name pokok "ong" rasenye. Kalau nak bagi name ong ka ting ke, ong tee keat ke sukati le. Pada aku kalau daunnye kuar duit baru la patut dipanggil ong (dasar mate duitan harhar). Tapi yang bestnye (ong le tu) pokok ni sangatlah senang dijaga tak banyak ragam. Sukati ko lah nak siram selang seminggu pun bleh survive. Jugek sangat produktif. Ni pokok belaan daku.. hasil sumbangan birasku.

Asalnye sebatang dua jek.. Skang dah branak-pinak siap tukar pasu beso lagik bimbang tak muat.

Tu tu another new comer in progress :)

And another small branch kat dapur. Kasi oksigen lebih sket - proses fotosintesis


May 24, 2010

RSVP


Sangat suka lagu ini bile 1st time dengar. Duk terngiang-ngiang jek lagu tu kat telinga rase nak terus berjoget ewah-ewah. Relax and jazzy. Memang kena betul dengan suara si Maulana tuh. Emm mamat tu macam muka-muka yang aku pernah tengok kat Angsana jek.. Jangan-jangan betul kut die sebelum fofular.

Lagu finalis yang lain-lain pun not bad.. sekali dengar jek dah rase kesedapannye. So pasni takde le aktiviti aku tercatuk depan tv kul 7.30 dah tengok diari. Stop la kejap sesi-sesi aku berdiskusi dengan mak mentuaku pasai bebudak AF8 (jangan main-main, ibu mertuaku ambek kesah hal ehwal hiburan woo.. beliau lagi hapdet kaw-kaw dari aku. Cayalah mom!) Tunggu next season plak hehe.

.. Ku pinta kau répondez s'il vous plaît ..

Kerana nasi lemak hamba turutkan..


Hah! Ini kes terlanjur berjanji huhu.. Tanpa ku sedari dengan kecederaan jariku yang masih belum pulih, lancar jek daku mengcreate janji yang memang ditunggu-tunggu oleh my darling asben; "sok pagi cadang nak masak nasik lemak.." Opps, pastu baru sedar keadaan diriku yang almost OKU. Tapi dek menda tu memang en.asben teringin sangat nak makan nasik lemak yang aku wat (tanpa mengambilkira gerai nasik lemak yang bersepah-sepah kat kawasan umah) aku turutkan jua.. Malam sebelum tu sampai naik rimas aku die duk tanye-tanye (takot aku mungkir janji le tuh) sok bekpes nasik lemak kan? Yelah-yelah.. maka pagi Sabtu lalu gigih la aku bangun awal pagi -sebab en.asben keje aritu; memasak nasi lemak yang sejak kawen nih memang aku tak pernah buat (dengan mengambilkira gerai yang bersepah-sepah itu hehe).

 Nasi lemak yang berlemak-lemak

Sambal tumis bilis (kering skit sebab nak kekalkan kegaringan tu)

Sambal udang pulak edisi kuah melambak

Kangkung celur.. Mr.asben tak gemar sangat encik timun

The complete course - tak dilupakan telo rebus & kacang (wajib le)

Alhamdulillah en. asben sangatlah memuji sampaikan siap warning haku jangan abiskan sebab die nak makan tengahari nanti haha.. Dun wori, menu ni memang spesel dedicated untukmu. Tengok die makan pun aku dah rase kenyang. Satisfied.

Petang tu pulak as dessert wat plak puding koktel.. This is my fav siap lebihkan kuah susunye tu. Bile dah sejuk lagilah bertambah mantop!

Puding yang kebanjiran hehe..


May 21, 2010

Haiwan peliharaan saya


Wah.. seakan tajuk sebuah karangan budak darjah 1 gituh. Sememangnya daku sedang membela binatangs haiwans (plural - sebab ada 4 ekor) itu di opis dan di rumah jugek. Tidak melibatkan sebarang kos untuk mendapatkan haiwans tersebut sebab diberi percuma oleh seorang penternak yang berjaya ngeh2.. Tima kasiiih. Aku juga bercita-cita menjadik seperti beliau haha.

haiwan peliharaan di opis

kasi close-up sket.. cik tompok beraksi depan kamera. cik putih masih malu-malu ikan

Syok gak bela depa kat opis ni kekadang boring-boring bleh layan blues tengok depa berenang-renang. Paling syok tang bagi makan. Huh, spesis depa nih asik nak melantak aje. Pelahap tau. Asalnye depa duk berempat dalam balang nih, tapi aku tengok sangatlah congested sampai berlaga montot memasing. Kang terbantut plak tumbesarannye. Maka berhijrahlah yang lagi dua ekor diberi nama upin & ipin (gambar tak dapat disiarkan) ke umahku, yang kini dijaga sepenuhnya oleh en.asben. Woh beliau sangat komited blum sempat aku nak kasi makan die dah bagi dulu. Sonang kojo mokcik!

yaa.. kasi nampak itu effect gold & shining

May 20, 2010

Tukar kulit


Masa untuk bertukaarrr..!! *motif??

Blog daku kini bertukar (salin) kulit lagi untuk ke berapa tah kalinya. Entri tak seberapa, tapi tukar kulit rasenye melebihi dari brape kali aku post entri hehe (pedulik hape, dah namenye zone aku). Yaa begitulah aku.. Cepat buhsan dengan sesuatu dan ini diakui oleh en.asben hinggakan beliau merasa amat cuak sekali dengan perangaiku itu. But don't worry sayang, buhsan dengan suami tak pernah & tak akan wujud dalam kamus idupku eceh..

So dah tukar kaler putih ni harap-harap niat memblog ni pun sesuci tulus kaler nih (ditujukan kepada diriku saje). Nak berazam dengan semangat waja dah separuh tahun dah pun. So kesimpulannya bergantung pada kekuatan mental dan fizikal daku untuk terus memblog dan mengepos entri baru..

Opps, mase dah time (alasan lagi ke?) Serius. Dah nak chow, jemariku dah lenguh disamping kecederaan serius (betul neh) kat jari aku. La ni duk berbalut berplaster sebab keadaan lukanye bukan setakat tersenyum, tapi dah tahap tersengih so amatlah ngilu kalau bergesel atau terseradung. Luka yang membuatkan en.asben berpeluh-peluh merawat sambil membebel tak tentu pasal (tak pasti marah kat aku ke, marahkan si penyebab luka itu atau sebab dia sendiri gubra), mak mertua aku pulak dah menggigil kepala lututnye (dek aliran keluar darah yang amat memberangsangkan) dan daku si empunya jari hanya mampu essssss.. essssss.. aduuh. Siksanya dapat luka walaupun kat jari yang paling kecik. Tak dapat aku bayangkan orang yang putus jari or kudung tangan (insaf teramat). Harapan aku skang cepat-cepatlah luka ni kering sembuh, dah bosan tukar ganti plaster sebab tu keje misi bukan keje aku.

Gotto stop now. Mr.asben dah anta sms nak dating jap lagi kat Jusco merangkap makan nyum nyum (dah terbayang chicken chop yang lazat itu auwww..!!)

Noktah.
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez