May 24, 2010

Kerana nasi lemak hamba turutkan..


Hah! Ini kes terlanjur berjanji huhu.. Tanpa ku sedari dengan kecederaan jariku yang masih belum pulih, lancar jek daku mengcreate janji yang memang ditunggu-tunggu oleh my darling asben; "sok pagi cadang nak masak nasik lemak.." Opps, pastu baru sedar keadaan diriku yang almost OKU. Tapi dek menda tu memang en.asben teringin sangat nak makan nasik lemak yang aku wat (tanpa mengambilkira gerai nasik lemak yang bersepah-sepah kat kawasan umah) aku turutkan jua.. Malam sebelum tu sampai naik rimas aku die duk tanye-tanye (takot aku mungkir janji le tuh) sok bekpes nasik lemak kan? Yelah-yelah.. maka pagi Sabtu lalu gigih la aku bangun awal pagi -sebab en.asben keje aritu; memasak nasi lemak yang sejak kawen nih memang aku tak pernah buat (dengan mengambilkira gerai yang bersepah-sepah itu hehe).

 Nasi lemak yang berlemak-lemak

Sambal tumis bilis (kering skit sebab nak kekalkan kegaringan tu)

Sambal udang pulak edisi kuah melambak

Kangkung celur.. Mr.asben tak gemar sangat encik timun

The complete course - tak dilupakan telo rebus & kacang (wajib le)

Alhamdulillah en. asben sangatlah memuji sampaikan siap warning haku jangan abiskan sebab die nak makan tengahari nanti haha.. Dun wori, menu ni memang spesel dedicated untukmu. Tengok die makan pun aku dah rase kenyang. Satisfied.

Petang tu pulak as dessert wat plak puding koktel.. This is my fav siap lebihkan kuah susunye tu. Bile dah sejuk lagilah bertambah mantop!

Puding yang kebanjiran hehe..


0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez