August 28, 2010

Moh Bersiap Sedia


Salam 18 Ramadhan.

Sudah lama tak menulis. Eh bukan menulis, menaip. Syawal makin hampir. Hari Merdeka lagilah hampir. Tapi tiada persiapan untuk Merdeka. Semangat patriotik dalam diri tak boleh nampak. Yang nampak ialah persiapan nak raya. Tang mana-mana pun dah nampak. Semalam punya semalam [paham tak?] kami pergi bershopping dah berderet-deret manusia beratur dengan barang-barang pun beratur-ratur. Mentang-mentang dah dapat gaji, dan mentang-mentang lagi akan dapat add on duit raya nanti :) ALHAMDULILLAH.

Raya tahun ni macam tahun yang lepas-lepas, pasti berangan nak membuat cookies. Macam tahun lepas-lepas jugak, Alhamdulillah memang berjaya dibuat - dari angan-angan jadi kenyataan. Cuma tahun ni semangat jadi extra berkobar-kobar sebab dapat advance gift sempena raya ni:

Lovely cookies jars!! TQ Dear =)

Suka dengan benda tersebut selain sangat sweet, ada 7 balang yang berbentuk bulat atas tray yang juga bulat. Tray emas 916 tu [eceh] boleh berpusing macam merry go round - so sangatlah convenient dan ergonomic [eh ape kaitan?]. Tak payah susah-susah bangun dari duduk dan sinsing lengan baju nak capai kuih. Boleh juga berangan jadi peserta Roda Impian. Saya putaaarrrr lagi..! Tahapetah.

Tapi mantan balang yang lama masih disimpan. Bak kata pepatah sudah dapat benda baru yang free pulak tu, jangan dilupa benda yang lama yang dibeli sendiri. Boleh buat acara berganti-ganti menukar balang setiap tahun kan? Hmm now dah ada 7 balang kosong maka setiap satunya perlu diisi. Owh tak mungkin daku akan buat 7 jenis kuih.. Nehi kabhi nehi. Tak berkemampuan dari segi ketahanan mental & fizikalku. Semestinya akan dibantu oleh cookies tunjuk dan hulur (t&d).


Tapi yang pastinya cookies t&d di atas yang bertajuk Sweet Square rasenye macam tak sempat masuk ke balang sebab dah masuk ke mulut dan ke perut. Berdasarkan gambar tu nampak tak [mestilah tak nampak] lapisan paling atas sudah tiada. Yang terkini lapisan kedua yang tertera di gambar tu hanya tinggal kenangan. Kami dah beraya dulu lepas berbuka. Kekadang raya masa bersahur juga. Cookies tersebut enak bangat. Asyik nak makan lagi dan lagi dan lagi.

Arggh tak sabar nak balik raya. Selamat Hari MERDEKA.

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez