August 03, 2010

Travel & Living : HSA


Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru


Tarikh 27 Julai 2010 my MIL selamat menjalani pembedahan di lutut kirinya, ALHAMDULILLAH. Mak masuk OT jam 8.30 pagi & keluar lebih kurang jam 3 petang. Fuh, lamanye pembedahan tu berjalan. Mak mintak bius penuh [full sleep] sebab tak sanggup nak dengar bunyi-bunyian yang menggerunkan masa tulang lutut tu dibedah. Macam bunyi orang bertukang - kata aunty yang duk sebelah katil mak; sebab dia buat half sleep.

So inilah output dari pembedahan tu, tulang lutut yang dah dikeluarkan dan diganti dengan besi & skru [lupa medic termnye ape]. Maka bercerailah tulang lutut dari badan tuannya.. Sekian lama berjasa menyokong tubuh badan mak. Doktor cakap saiz lutut mak tak sepadan dengan badan - faktor genetik so memang takleh nak wat apa. 

 "A gift" after the operation.. Sengaja dinyahkalerkan untuk mengelak kesan sampingan kepada penonton. My MIL sendiri pun memang tak sanggup nak tengok - nanti mak pitam, katenye

On the 3rd day after operation, mak dah start buat exercise - for beginner - guna mesin khas untuk bengkokkan lutut secara slowly. Kalau disuruh buat sendiri memang takkan boleh. Lepas beberapa hari mak akan disuruh berjalan menggunakan tongkat. Pastu follow-up buat fisioterapi.

Mesin yang disebutkan. Hasil tangkapan gambar secara sembunyi. Sorry nurse, langgar perintah.

Bila mak masuk hospital maka kami bergilir-gilirlah menjaga termasuklah bermalam di ward. Pengalaman yang memenatkan tapi amat bermakna sebab dapat jaga mak. Dapat kenal dengan patient lain, tengok macam-macam kes patient yang keluar masuk ward. Tabik kat nurse bila tengok cabaran kerja diorang nak mengadap bermacam ragam patient. Korang memang terbaik [walaupun ade jugak sorang dua yang dalam spesis sombong - biaselah].

Pasni kalau takde aral mak akan dibedah lagi kat lutut kanan pulak mungkin dalam bulan 12 nanti. At least dah ade pengalaman yang pertama. Mudah-mudahan segalanya lancar sampai mak betul-betul sembuh.

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez