August 12, 2010

Nadra


~ Recommended reading ~

Telah tamat membaca buku ini. Recently. Natrah : Cinta-Rusuhan-Air Mata. Comment? Best. Kisah tragedi yang pernah menggemparkan tiga negara & juga umat Islam seluruh dunia berpuluh tahun lalu. Masa tu diriku pun belum lahir lagi, tapi ingat lagi minat sangat mengikuti artikel oleh penulis buku tu; Fatini Yaacob (kini Datin Seri) dalam majalah Dewan Masyarakat sekitar penghujung tahun 80an. Abah yang beli, daku masa tu dalam era budak nakal lagi - mana mungkin ade passion nak beli Dewan Masyarakat? Tumpang baca ajelah [oklah tu, nakal tapi rajin membaca. Wah gitu].

So buku ni kompilasi tulisan dalam DM tu lah. Tapi of course lagi eksklusif, detail & menyentuh jiwang.
Buku ni lah yang dibaca masa teman my MIL kat hospital. Boleh khatam dalam beberapa hari jek padahal buku tu tebal jugak. Yang menunjukkan punyalah banyak masa terlapang kat hospital tu - bayangkan kalau setakat duk nganga jek memang boleh sawan. Ok ape sawan di hospital. Erk takmolah haih!

Bulan September ni kalau takde aral dapat lagi berjumpa dengan penulis buku tu buat kali kedua [1st time jumpa Februari lepas]. Datin Seri dalam rangka menjelajah nak berkongsi kisah hidup Natrah & mempromosi buku tu kat semua IPTA & organisasi gov. Tak sabar nak tunggu sesi tu. Gerenti menarik.

1 komentar:

Netz on 12 August, 2010 23:31 said...

betul le..! dolu2 mmg folo DM kesah ni...mmg laris le DM time tu....nasib time tu akak aku mmg melanggan tiap bulan...sedih-geram-simpati sume ada...

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez