Dah nak penghujung tahun ni macam biasa akan dipenuhi dengan aktiviti percutian sambil menghabiskan bajet tahun semasa. So setelah beberapa tahun terperap tak buat family day akhirnya tahun ni terlaksana jua dengan bersusah-payah AJK kelab office menyusun strategi. Hasilnya famili yang nak pergi cuma bayar RM50 aje untuk semua aktiviti: Check in - tidur - berenang di kolam - jalan-jalan tepi pantai - tidur - BBQ dinner - tidur - breakfast - telematch - tidur - lunch - dalam bas; tidur lagi. Fuh amatlah berbaloi-baloi. Err aktiviti tidur memonopoli acara sebab dah temanya pun santai so mesti banyak tidur [ayat en.suami].
Aktiviti tersebut berlangsung di sini: Corus Paradise Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.
Gambar ihsan pak google berikutan ketiadaan helikopter nak dapatkan view indah sebegitu.
Sebelum sampai kena la berkumpul dulu.. Lagipun nak flag-off acara explorace..
Deretan pesawat pejuang bersedia untuk ber-explorace sepanjang highway. Kalau ikut jalan lama amatlah rugi walaupun dapat jimat kos tol.
Tapi tak boleh lawan pesawat kami.. Limousine 40 seats. Amacam, ada bran??
So confirm tak layak untuk ber-explorace.
Okeh, naik bas jek terus tidur tak payah susah-susah fikir nak jawab soalan (eh tidur lagi).
Acara wajib bergambar berdondon-dondon sampaikan banner pun tenggelam.
Suasana dalam pesawat murah mewah kami. Free seating - two seats for 1 person & of course ada driver.
Mana mau dapat??
Mana mau dapat??
Acara santai - jalan-jalan tepi pantai. Pasirnya haluuuus sangat.
Dah senja.. Tetiba terus senja.
Malam baru bermulanya acara.. BBQ dinner. Makan sampai mengah. Sambil tu ada selingan sesi cabutan nama bertuah.. Sumpah daku tak mengharap ponnn. Tetiba namaku disebut-sebut.. Woh ni betul punya bertuah! Bukan nombor ye tapi nama bertuah.
Mr.model menggayakan hadiah yang dimenangi. Ya.. set pinggan mangkuk lagi buat kali yang ke-8, 8 lagi. Macam tau-tau je baru sambut anniversary dapat pun ala-ala hadiah kahwin haha.
Thanks to da club :)
Tamat acara 1 hari.
The next day.. next entry lah.
Ada dua budak tomei sudah mengamok.
Budak tomei Emir vs Iman. Emir sungguh tamak haloba tak mau bergambar dengan Iman "pergi kau pergiii..!!" "Ade aku kesah..??" kata Iman selamba. Haha. Kesian parents diorang tak senang duduk dibuatnya. Makan pun kena ambik turn. Gitulah kalau dah ade anak ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang kami ni pun melayan anak jugak.. anak tekak. Hueh hueh.
"..Korang senang la berdua je takde anak.." Okey thanks, i take it as a compliment. Haha. Time gini la nak dapat pujian melambung kalau masih berdua. Ramai jealous tengok kami senang-lenang berdua-duaan berhoneymoonan. Yelah, doakan kami join da club nanti ye, so dah tak akan jealous lagi ;)
3 komentar:
Amboii..syoksnya..jeles mak tau nyah.. :)
haha ade lg sambung esipod yg lagi menjeleskan kau nyah.. tgguuuu :P
Whoa..post pic banyak². Tengok KKSPSZ punya logo..mcm baru jer dok pilih². Yang menang tu sape name? Azmi ker? Tapi aku personally suka logo dia yang satu lagi..tapi dh KP suka yang tu. He3
Post a Comment