December 04, 2010

Sunyi


Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota.

Pulang lagi ke kampung tapi kali ni bersama-sama Abah yang telah selamat tiba dari Tanah Suci tanggal 27 November lalu. Kepulangan yang ditangisi, semestinya kerana tanpa Mak mengiringi. Mak tinggal di sana bertemu Penciptanya. Kehilangan yang amat dirasai apatah lagi kami sekeluarga berkumpul tapi Mak tiada.

Seperit-perit kami adik-beradik menerima ujian ini, lagi perit bagi Abah yang bersama-sama Mak hingga ke saat akhir TANPA keluarga di sisi. Namun syukur, Allah SWT permudahkan segala urusan Abah di sana - yang paling manis apabila Abah turut sama mengiringi jenazah Mak ke tanah perkuburan dan menurunkan jenazah hingga ke liang lahad. Alhamdulillah, nampak jelas kepuasan dari raut muka Abah ketika menceritakan pengalaman berharganya itu. Ramai orang cakap bukan senang nak ikut jenazah hingga ke perkuburan. Syukur ianya mudah bagi Abah.

Abah pulang dengan karaktor yang berlainan. Abah yang dulunya tegas dan susah nak mengalirkan air mata, tapi kini tidak lagi. Minggu pertama ketibaan, mata Abah sentiasa digenangi air mata. Tidur pun asyik mimpikan Mak. Mana mungkin boleh lupa insan yang paling dekat di hati. Namun Tuhan  Maha Kaya, Dia kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada Abah untuk menjaga Mak bila kesihatan Mak mula merosot. Terharu mendengar segala macam usaha yang Abah lakukan semata-mata untuk menjaga kesihatan Mak di sana. Kami yang tinggal di sini hanya dapat bayangkan betapa gundahnya Abah menghadapi situasi tersebut keseorangan. Sedih..

Kini kami hanya ada Abah tempat bergantung. Masa berharga ini tak akan disia-siakan - nak tengok Abah kembali ceria seperti dulu. Kini aku keseorangan memasak di dapur - tanpa riuh Mak bercerita. Ya Tuhan.. Rindunya aku saat itu. Tiada tempat nak bertanya perihal dapur lagi. Semuanya keputusan sendiri. Dapat aku rasakan penatnya Mak berseorangan di dapur semasa ketiadaan aku untuk menolongnya dulu. Tapi yang pasti semua yang diuruskan oleh Mak dijamin tip top dan sempurna. Mak memang terbaik.

Rindu ini takkan terhenti. Tangisan pun masih bersisa terutamanya setiap kali selepas solat. Kuatnya kasih Mak walaupun 33 tahun cuma. Hari-hari mendatang pasti SUNYI tanpa Mak namun Allah lebih menyayangimu.............

Memori sambutan hari lahirku bersama keluarga tersayang [2007]
~ Tahun ini bakal disambut tanpa Mak :'(

1 komentar:

Cikgu Muazam Yunus on 06 December, 2010 08:08 said...

Al-Fatihah.. Mak memang insan yang terbaik.. Mudah-mudahan kite setabah Mak sepanjang hayat Mak.. Rindu.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez