July 20, 2010

POTONG Sudah


Bukan sebarang POTONG** haa..

Lately ni tiap kali payslip keluar hatiku akan berdebar-debar [saspen ke?] macam nak tengok result exam pulak. Adoii sakit jantung kalau tiap bulan rase camtu. Berdebar-debar nak tengok angka kat column belah kanan tu ade yang bertambah ke? Tambah dalam erti kata jumlah yang bersih akan menyusut huhu!


Akhirnya setelah beberapa bulan penantian akhirnya angka itu muncul juga... Maka dengan rasminya bermula bulan ini angka itu akan bertapak sampai ke pencen [insyaAllah, kalau panjang umur].

Perasaan? bercampur-baur [eceh]. Yang pasti satu lagi impian Ilyana saya sudah tercapai. Telah bertambah satu lagi aset sendirian berhad. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang diperolehi setakat ini.

** merujuk kepada pinjaman perumahan ~~ Home Sweet Home ~~

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez