March 10, 2011

Equine


Kudaku lari gagah beraniii… [gagahkan?]

Biasa tengok kuda? Maksudnye tengok secara live lah. Bukan di tv atau di kalendar kuda atau di buku kanak-kanak: H for HORSE. Maklumlah, kuda bukannye public transportation di Malaysia boleh nampak di mana-mana. So kebanyakan kite bila nampak kuda yang real akan teruja automatically “eeeh... kuda la” - melainkan kalau anda menyampah dengan kuda. Tapi kalau di sini tak payah nak teruja sebegitu, sebab boleh tengok kuda berekor-ekor bila-bila masa yang kau mahu. Agak rasa macam dah jemu tengok kucing atau ayam – ok, jom pergi kampus tengok kuda!

Salah dua daripada berekor-ekor kuda yang ada.

Fyi UTM was the first U establish equine center in Malaysia [clap-clap!] dan dah berlangsung international horse show bermula hari ni. So bertambah ramai banyak la kuda-kuda berkampung di kampus on this coming weekend.

Biasanya kalau free hujung minggu tu [not every weekend la] akan ke sinilah kami berduaan nak window shopping kuda. Betul la tu, tengok aje bukan beli pon. Daripada beli kuda better beli kereta atau rumah – sebab penjaga kuda tu kata harga seekor sama harga merce sebijik! Tu belum tengok bakanya lagi. Phewww.. Kalau kuda Tuanku Sultan yang kasi of course baka baeekk punya. Tengok fizikalnya pun dah tau – kuda mewah.

Setiap hari kuda-kuda ni diberi pelepasan keluar. Macam duk hostel la ada outing hehe.

Sangat suka scene di atas. Macam cite tv dolu-dolu [‘80s]: Little house on the prairie. .. Ingat lagi? Wuuh tetiba rasa nak berlari-lari pakai gown kembang!

Bila depa duk jauh nun, hang panggil.. Bila depa mai dekat, hang takut pulak. Haha!

Gembala dan kuda-kudanya. Eceh.

Cita-cita nak tunggang kuda. Tapi kena register membership dulu – kena masuk kelas, belajar. Bila dah pandai boleh main lompat pagar dengan kuda :)

2 komentar:

cik sally on 11 March, 2011 14:52 said...

jaiy nk jadi wan zaleha radzi tuu...ecehcehehe..ye la da lama tak tgk kuda...ye ke? bukan x penah ehhh hehe..kengkonon korang di perkampungan org inggeris la tu yek =)

..: MuZaiY :.. on 11 March, 2011 15:50 said...

kah3! perkampungan javanese sebenonye ijak wei hehe :P

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez