January 12, 2011

Hujung Benua


Another attraction @Johor.
Ada apa dengan Tanjung Piai? Haa bukan sebarang tanjung tau..

The southermost tip of mainland Asia.. Paaaaling hujung!

Sabtu lepas dapat berkunjung lagi ke sini mengiringi abang ipar sekeluarga pula. Sebelum ni aku dah pernah sampai bersama dengan Abah, arwah Mak [rindu Mak] dan Firah. Memang sangat mengujakan dan adventurous. Sebab nak sampai ke hujung benua tu bukanlah mudah - kena berjalan kaki atau sewa berbasikal almost 1.2 km. Meredah hutan bakau dan melepasi kera-kera yang riang bergayutan. Ladies jangan bermimpi nak meredah tanpa lelaki walau seorang pun. Kera-kera tu sangat berminat dengan wanita. Silap haribulan [tengok kalendar dulu mesti tak silap] kena bawak lari ke atas pokok dan anda akan berhabitat di sana haha! [hoh kau melampau].

Ahli nujum rombongan. Ape daa Mukhreez dah lentok dulu.

Mempersembahkan tiga orang KUAT dalam rombongan [kuat berlari-lari]:

Dak Aidiel [otai]
Dak Qaisara                                                                Dak Mukhreez

Si tembam little amoi Qaisara tu standby je tunggu masa nak menggoncang dunia macam abang-abangnya.. Heroin in d making haha. Sila bersiap sedia ye Ummi :P
   
L-R: Pakngah, Makngah, Aidiel, Otomen [errkk?], Mukhreez, Ummi, Qaisara.


Entrance untuk ke hujung benua. Tapi lawatan kami sampai di sini saja ye, tuan tanah tak bagi masuk sebab kami tiba dah lewat petang. Tak sesuwei untuk kanak-kanak dan bayi. Maklumlah sajelah.. HUTAN di kala senja dikhuatiri banyak gangguan. Eeeii.. Teman pun segham weh. So, Hai Hai Bye Bye di entrance sajelah. Tamat sudah acara lawatan tergendala kami huhu.

Nak share gambar ihsan pak google keadaan jalan nak ke hujung benua tu.. Cantik kan, tapi kalau dah senja of course sooo scary.

[Gambar ceduk dari pak google].

Inilah destinasi yang nak dituju sebenarnya.. Penghujung benua tanah besar Asia. Kalau tengok kat peta betul-betul kat hujung bucu tau. Disebabkan tak dapat masuk, daku google ajelah gambarnya. So lepas berjalan meredah hutan sepanjang lebih 1km tu, anda akan tiba di sini. Kepuasannya menyamai dapat menawan Gunung Kinabalu tau [ceh, macam kau pernah tawan].


Tapi yang pasti aku pernah menjejak kaki ke sini bersama arwah Mak tersayang. Antara kenangan yang tak akan dilupa....

2 komentar:

cik sally on 14 January, 2011 11:34 said...

jaiy..aku da masuk...cam dlm pic tu la ada jmbtn ke jeti ek trus ke utan leh jumpa sedara mara...pastu ada jambatan yg trus ke laut plak..pilih la yg mana satu ko nk pegi tp aku pilih ke laut hehehe

..: MuZaiY :.. on 14 January, 2011 15:21 said...

a'ah betui2.. nak lg adventure gi hala ke utan la silap gaya x kuar2 haha.. tp sepanjang nak ke laut tu ramai org mancing, dpt ikan semilang beso2 woo.. aku gi dulu jalan kaki jek f.o.c, ape kelas naik beskal kena bayo haha!

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez