December 23, 2008

Holi-holiday!!


Dalam kesibukan kerja, Alhamdulillah dapat gak bercuti dengan family terchenta yang turun JB seminggu.. bukan ape, kut cuti dibekukan jek huhu! Ape-ape pun dapat cuti bersama familyku sangat menggumbirakan :) So sepanjang minggu tu wat la macam-macam aktiviti yang rata-ratanya bias pada makan! Dah tu nak bawak gi berkelah ke pantai macam tak sesuwei.. bendera merah dah dipacak tanda laut bergelora! So just pusing-pusing ajelah kat area JB sambil jalan-jalan cari makan..

Lepas makan besar kat Pontian, esoknye makan besar kat Pizza Hut pulak.. kat Angsana. Nie sedutan setelah selesai dah tersandar kekenyangan hehe.

Yang nie pulak kat Kg. Melayu Majidee.. ABC special. Memang famous port nie. Tengok la larva coklat yang mengancam tu. Kat belakang mak & abah nampak kan orang ramai duk beratur tunggu order siap. Yang nak tapau pun ramai. Kadang-kadang kalau dah teringin tu kitorang sanggup gi sane dari Skudai (jauh gak tu) tapi yang penting, satisfied.

Next port pulak kat Larkin, dekat dengan balai bomba. Kat situ boleh pekena kacang pool.. Orang luar Johor mostly tak tau kut. Nie menu Singapore.. ada roti tebal dengan kuah kacang pool & telur mata. Rase memang sedap & mengenyangkan (feedback from my family yang 1st time rasa). Nie close up rupenye camne. Sapa-sapa nak datang JB bleh la try yek!

ABC spesel kat situ menarik gak coz ade 2 scoop eskrim & lain-lain minuman yang menarik.. mostly letak eskrimlah. Tengok le konsentrasi adik-adik teman menikmati & menjiwai hidangan ;p

Dah makan macam-macam pastu excercise la sket.. main bowling sedas dua. Enjoy!!

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez