January 22, 2012

Makan Busat


Lama tak berposting pasal makan-makan.

Sempena CNY ni kami duk diam-diam dalam kawasan jek, takmo kluar radar nanti tambah sesak highway tu. Sian orang lain yang nak balik tau [heh mulia kan]. So malam Sabtu kami decide nak melantak puas-puas kat Restoran Lagi Best - BBQ & Steamboat. Sebab kat sini kau bayar only rm18.50 per head, dan kau boleh melantak sepuasnya sampai kenyang tahap sawa. Dari umah aku tu lebih kurang 30km, dan of course ramai orang datang sini esp. big family. So kalau agak nak bawak satu puak datang makan, better buat reservation awal-awal k. 


Menunya macam-macam ada.. yang melibatkan bbq atau stimboat. So amik la sebanyak mana pun termasuk la aiskrim potong dan dessert. Kalau agak dah senak sangat perut tu, pause jap then sambung lagi bila dah ok. Bak kata adik aku yang merekemen tempat ni - makan sampai kedai tutop lagi bagus. Tapi jangan over amik ye, kalau ade makanan yang berlebih akan dicaj tau, tiap 100gm kena bayar rm5 kalau tak silap. Haa ironinye tu macam dendaan la sebab makan bertuankan napsu tamak haloba. Membazir tu kan amalan syaitonnn.. Sila amik pengajaran ye.

Sampah-sarap lak yang enterprem huhu.

Tak berapa ghairah nak amik gambar coz lagi ghairah nak makan. Pulak tu kena masak sendiri so sebagai isteri solehah haruslah sibuk memasak untuk suami kan.. Mr.hubby senang ati jek tadah pinggan.. ciss. Tapi seriyes cakap kuah tomyam untuk stimboat tu sangat yummss [tiru gaya Imelda - chef kipas lipas]. So sila tepuk perut yang tegang tanda puas hati.. pok pok!


0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez