October 05, 2010

My Mini Open House


Cerita berikut sepatutnya diceritakan pada hari kejadian iaitu 30 September bersamaan 21 Syawal yang lalu. Tapi cuma kali ni yang berkesempatan. Entri terkebelakangan. Kira oklah masih lagi dalam bulan raya, bulan open house.

Alhamdulillah, acara nak menjamu GENG RAYA tahun ni sukses. Macam tahun-tahun sebelumnya jugak. Sukses maksudnya tak berlaku kekurangan makanan yang membuatkan tetamu pulang dengan perut tak berapa nak penuh, hati pun sakit [uih, mintak dijauhkan...].

Maklum la, walaupun konsep "mini" tapi yang datang 20+ jugak la.. Semua yang datang secara berduet. Plus anak-anak lagi. Mana haku tak risau takut makanan tak cukop. Kalau tak cukop kena mintak brader kedai makan la tolong coverkan huehueh.

Stock pot yang berjasa. Hadiah perkahwinan.
Kepada yang menghadiahkan laaagi berjasa [my aunty]. TQ! :)

Menu utama mihun tomyam. Syukur ada stock pot tersebut. Memang molek sangatlah nak masak kuah tomyam dalam tu..

The main menu, mihun tomyam. Purposely buat edisi tak pedas sangat sebab ramai budak-budak pun nak makan.

Plus chicken nugget & tembikai. Not to forget kuih raya.

Gandingan semua juadah sebelum acara.
Kuah tomyam belum digandingkan lagi. Tengah dipanaskan.

Sampai saat ni je sempat ambil gambar. Masa tetamu datang tak berkesempatan nak snap barang sekeping dua. Tuan rumah hubby wifey sangat busy melayan para tetamu. Kali ni guna mangkuk, sudu dan cawan yang edisi pakai buang. Tak payah ada sesi basuh-membasuh pinggan mangkuk yang berlambak dan berkemungkinan tak cukup. Bibik pun tak ada [ceh, tak pernah ada pon].
Malam tu lepas settle semua memang lepak [lepak penat, bukan lepak santai]. Tapi berbaloi-baloi

0 komentar:

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez