May 11, 2011

Jenazah di Tanah Suci


Salam. Kali ni nak share my interesting experience di Tanah Haram Mekah. Sesungguhnya ALLAH maha mendengar, maha mengasihani.


Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, hampir setiap waktu selesai je solat fardhu pasti akan disusuli dengan solat jenazah. Kalau musim haji, kata abah memang setiap waktu akan ada solat jenazah. Termasuklah jenazah arwah Mak yang disolatkan di MasjidilHaram selepas solat subuh, 7 November yang lalu... 

Sebenarnye aku teringin nak tengok jenazah yang disolatkan kat sana - at least dapat jugak membayangkan camne jenazah Mak dulu diusung masuk dan keluar Masjidil Haram. So biasanye lepas habis solat jenazah, otw nak keluar masjid tu mesti aku meninjau-ninjau kut ternampak jenazah diusung keluar. Tapi memang tak pernah nampak... Tak pasti tang mana jenazah diletakkan dan tak pasti ke pintu mana diusung keluar. Ade sorang pakcik dalam group kami tu bagitau die pernah nampak jenazah diletakkan depan Kaabah - bukan di beranda macam waktu Mak dulu. Then ada sorang kakak yang aku jumpa kat masjid - dia bersolat di sebelah aku - bagitau die pun ade nampak jenazah diusung masuk masjid lepas dia habis melakukan tawaf.. Aku dengar cerita diorang tu rase agak frust jugak, sebab aku tak pernah nampak pun sepanjang aku kat sini.. Kalaulah aku dapat tengok sebelum aku berangkat pulang.. Sekali pun cukuplah. Tu yang aku doa dalam hati..

Lagi 2 hari nak berangkat pulang ke tanahair, aku cakap dengan abah yang aku teringin sangat nak tengok jenazah kat sini. So lepas solat Maghrib, abah ajak aku pindah tempat solat - ke area yang berdekatan dengan laluan jenazah - laluan masa Mak diusung dulu ke Bab Ismail [pintu no.10]. Lepas Isyak tu memang ada solat jenazah. So aku berharap sangat dapat tengok sebab aku memang dah standby tunggu kat laluan jenazah keluar. Tunggu punya tunggu tapi tak muncul-muncul jugak.. Tak tau pintu mana diorang usung keluar. Abah pun pelik, dan kami mengandaikan diorang dah tukar laluan lain... Frust lagi aku.. Rase macam dah takde peluang nak tengok dah. Lusa dah nak balik. Aku cakap kat abah takpelah mungkin takde rezeki nak tengok.. Dapat tengok tempat jenazah Mak disolatkan dulu pun cukuplah.. So abah bawak aku ke tempat jenazah Mak diletakkan untuk disolatkan dulu...

Kat sini lah jenazah Mak diletakkan untuk disembahyangkan dulu.. Masa tu abah kata hampir 20 jenazah ada. Abah solat berdekatan dengan jenazah Mak.. ~Sorry, gambar agak blur.

Bab Ismail - Pintu no.10.
Abah cerita lepas je solat jenazah, semua jenazah diusung keluar menghala ke pintu ni, Bab Ismail.. Abah cakap diorang laju je ngusung. Masa ni lah abah bersesak-sesak dengan pak arab yang berebut-rebut nak mengusung sama jenazah Mak. Abah tak lepaskan langsung usungan Mak. Kalau terlepas alamatnya tertinggallah kat belakang. Bila keluar tu jenazah terus dibawa ke van jenazah yang dah tunggu kat luar masjid - then terus ke Ash Sharaya.

Dalam frust tu aku masih mengharap, mudah-mudahan dapat la aku tengok urusan jenazah kat sini.


Esoknye, subuh - aku dan abah ke masjid macam biasa.. Lebih kurang pukul 3 pagi. Dah nak sampai kat depan masjid, ada van jenazah park kat situ. Eh, sepanjang kami ulang-alik ke masjid sebelum ni tak pernah nampak langsung kelibat van jenazah kat area tu. Then Abah pegi intai dalam van - ada jenazah kat dalamnye.

Jenazah dibawa keluar dari van.
SUBHANALLAH.. Nah, depan mata lagi apa yang aku nak tengok sangat.. Allah maha mendengar!

Yang lagi terkesan bagi aku, jenazah yang diusung tu pulak jenazah seorang wanita.. Macamana nak tau? Kat sini jenazah wanita dibezakan dengan penutup badan yang melengkung tu. Lebih kurang macam keranda, tapi cuma cover dari dada sampai lutut untuk menutup bentuk badan jenazah.. Aurat masih dijaga ye, walaupun dah meninggal dunia. Kalau jenazah lelaki dikapankan macam biasa. Bila tengok tu memang mengingatkan aku pada Mak.. Macam tu lah Mak dulu agaknye..


Bila dah tengok depan mata, aku ngan Abah terus follow sampai masuk masjid.. Aku siap rakamkan lagi. Dapat lah berkongsi rakaman ni dengan adik-adik dan readers.. Syukur ya Allah.. Kau makbulkan jua hajat aku.. Depan mata lagi.

Jenazah diusung masuk ke MasjidilHaram untuk disolatkan.. Abah follow kat belakang.. Sambil mengimbau kenangannya mengusung jenazah Mak dulu :'(

Dan tak cukup dengan tu, lepas solat subuh tu, dapat lagi peluang tengok jenazah dibawak keluar pulak.. Kali ni kat laluan yang aku duk tunggu malam sebelumnya tu.. Allah maha berkuasa. Betul orang kata, ape yang kita doa atau hajatkan kat sana, insyaALLAH dimakbulkan.. Aku dah mengalaminya.


Jenazah diusung keluar dari MasjidilHaram. Selamat jalan... untuk betemu dengan Dia yang menciptamu..

Berebut-rebut kan, orang nak mengusung jenazah tu.. Masing-masing nak merebut pahala tolong usung. Sekejap pun jadilah. Laailahaillalah... Subhanallah.. Meninggal di tanah suci impian ramai umat Islam.. dan Mak antara yang dijemput di sana. Puas. Cukup puas. Tercapai impianku sebelum berangkat pulang keesokan harinya.. Alhamdulillah.


Mati itu adalah pasti.. Mengingati mati adalah sunat.

6 komentar:

cik sally on 11 May, 2011 22:10 said...

thanks 4 sharing..dapat gak tgk kan..sib baik ko cekap dalam bab rakam merakam ni yer...Alhamdulillah doa ko dimakbulkan Allah

..: MuZaiY :.. on 12 May, 2011 21:12 said...

Alhamdulillah.. utk dikongsi bersame. Idak le cekap mane pun ijak.. bergegar-gegar sbb tangan pun mengeletar time tuh.

Cikgu Muazam Yunus on 14 May, 2011 19:37 said...

Al-Fatihah.. :-( Semoga roh Mak dicucuri rahmat.. Memang terbayang jasad Mak mase dok play video yang pertama tu.. ;-( Allahuakbar.. Rindu kat Mak..

..: MuZaiY :.. on 15 May, 2011 18:54 said...

Al-fatihah.. :'(

rafie14 on 03 March, 2017 11:53 said...

Salam tuan. Laluan jenazah masih di pintu 10 bab ismail? Maaf bertnya. Sy dh 2 hari mekah masih x nmpk jenazah diusung di laluan jenazah.

Ai on 06 March, 2017 13:37 said...
This comment has been removed by the author.
 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez