Al-Fatihah untuk arwah Mak Enda [Cikgu Amsaton] yang telah meninggal dunia pada malam 3 Julai yang lalu.
Kami dapat perkhabaran sedih tu mase tengah bersorak tengok WC kat kedai mamak, abah call bgtau. Pkul 4pagi terus gi Sabak Bernam & malangnya kami tak dapat melihat wajah terakhir arwah sebelum dikapankan - tak sempat - pengkebumian agak awal. Tapi sekurang-kurangnya kami dah ziarah arwah semasa sakit.
Sangat bersimpati dengan Enda & anak-anak setelah kehilangan orang tersayang. Sesungguhnya amat perit tapi yang pergi tetap pergi. Allah lebih menyayangi, daripada arwah menderita sakit terlalu lama..
Kami dah kehilangan seorang lagi ahli keluarga.. Al-Fatihah kpd arwah Mak Enda [bertudung hijau - sebelah kiri saya] - Bergambar kenangan di depan Kolej U9 UTM sebelum ke Pontian sempena majlis persandingan kami di sana.
~ Bursts into tears ~
0 komentar:
Post a Comment