August 06, 2011

Don't Give Up!


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah, jangan menyerah..

~D'Masiv 

Lirik yang bermotivasi. I like.

July 30, 2011

Salam RAMADHAN



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Bulan mulia yang penuh keberkatan.



-
-
-

Dan ini Ramadhan kami yang pertama tanpa MAK - dan yang seterusnya.. :'(

Tak dapat lagi tengok kesibukan Mak di dapur menyiapkan juadah sahur dan berbuka.. Tak dengar lagi riuhnya mulut Mak mengejutkan kami bangun sahur..

Dah tak dapat lagi nak "bergayut" dengan Mak sembang-sembang tentang menu berbuka.. Bila bulan puasa Mak tau aku mesti buat my favourite dessert, kuih badak berendam. Kalau call - Mak mesti tanya dah buat ke belum?  
Ah rindunya!

Ya ALLAH, tabahkanlah hati kami sekeluarga menempuhi hari-hari mendatang tanpa Mak.. Lebih-lebih lagi Abah yang kehilangan teman setianya. 
 
Al-Fatihah buat Mak yang sentiasa dirindui..

~Hati menangis siapa yang tahu~

July 16, 2011

Berbantalkan Durian


Hoih hilang akal ke durian jadik bantal?? Berbantalkan lengan la.. Itu dah kes tidur merempat [homeless]. 


Bukan bukan. Tajuk tetap bantal durian. Tapi ia sejenis makanan. Bagi yang belum tahu ia memang wujud. Siap dikomersilkan lagi. Pergi cari di kedai berdekatan. Tapi kat area rumah aku takde, tu sebab gigih membuat sendiri.


Nak memperkukuhkan lagi reason buat benda tu of course la sebab ada durian yang melimpah-ruah. Sejak dua menjak tiga menjak ni hidup kami dilimpahi dengan kemewahan durian. Eceh. Terima kasih kepada pokok-pokok durian di sekeliling rumah MIL yang berdentum-dentam [effect bunyi] menggugurkan buahnye. Isinye wallaweyyy.. Dah jenuh makan begitu saja so yang selebihnya haruslah buat serawa.. Pastu buat pulak jemput-jemput durian.. Err rasenye jemput durian ni tak ramai yang pernah makan kut? Keluarga mertua pun mula-mula aku buat tu diorang macam pelik tak pernah makan. Tapi lepas tu baluuunnnnn haha :D  

..Rindu nak makan jemput doyan yang Mak buat T__T


Tu semua menu harus buat bila ada doyan. Dah jenuh buat pon siap beberapa kali round. Durian dalam fridge ada lagi 1 tupperware. Nak makan sorang jenuh pulak – en.suami tak gemar durian yang dah sejuk dalam fridge. Dia nak yang fresh jek. Ceh berlagak. Mentang-mentang stok ready sokmo :P 

So aku pun mentry la buat bantal durian nih.. Nampak lain sikit ye dak. Boleh lah… Aku rasa benda nih berkonsepkan kuih ketayap tu ha.. Cuma gantikan dengan inti durian. So kalau ada stok durian terlebih tu boleh la try resepinye yek.


Bahan untuk sarung bantal:
250gm tepung gandum
100ml santan + 400ml air
3 biji telur
Secubit garam
Kaler ikut suka.. Kalau tak letak pun takpe, sarung tu memang dah menguning dah. I used green color.

Bahan untuk isi bantal:
Isi doyan yang diracik + whipped cream [daku guna santan pekat je.. ape yang ada kat umah je lah]
Sedikit gula kalau nak lebih maneesss.. [kalau isi durian tu tak berapa manis la]

Kaedahnya blend semua bahan utk sarung, then sila bergelek bersama non-stick pan. Alah mcm buat ketayap gak la. Then masukkan filling doyan+whipped cream/santan tu kat tengah-tengah. Lipat jadi macam bantal empat segi. Kalau nak gulung pun ok, tukar nama jadik bolster la huahua.

Sedap dimakan sejuk - so sila letak dalam fridge. Baru nyaman nak makan.

Susunan bantal.. Macam tak cukup kekabu je ek haha. Hei nama pun 1st trial..

Filling inside.. Sooo durian. Cuma kalernya kurang menyerlah sebab guna isi durian putih.. Nampak pucat sikit.
Isi yang kuning diraja of course la dah masuk perut awal-awal lagi tak sempat nak simpan!

Selamat mencobak! 

P/s. Sesungguhnya sesapa yang tak makan durian tu satu kerugian yang teramat.. Hilang satu nikmat di donia kan kan kan..


July 03, 2011

Muslimah Idol


Last weekend aku diarahkan berkursus kat Nilai Springs Resort dengan rakan seprofesion.. Dengarkan tajuk macam grooming course je, maklum le nak jaga ketrampilan.. Aku ni tak la terlalu excited berbanding rakan sekerja yang memasing bunyinya sangat berharap dapat pegi. Ghopenye daku yang dicalonkan pegi huhu. Sila menggeget jari ye kengkawan haha! Sebab ape diorang excited nak gi? Sebab ade selebriti daa.. Wardina Safiyyah. Aku rileks je.. Tapi bila dah berpeluang dapat jumpa artis depan mata sapa tak syok kan? :)

Actually course tu 3 hari 2 malam dan slot Wardina tu slot terakhir course.. So on that day, aku menyaksikan pertambahan peserta secara mendadak - daripada 27 orang peserta original, terus tambah 2 kali ganda peserta yang tak berapa nak ori kahkah! Puak penganjur bawak geng tambahan. Semuanye dek penangan Wardina, si cantik maneeesss...

Cantik kan dia? Ceduk from pak google.

So before her arrival, masing-masing dah bayangkan kejelitaannya - bermekap dan berfesyen bagai macam kat dalam MHI tu kan.. Semua teruja nak tengok secara dekat her beauty, lagi pulak topik ceramahnye masa tu tentang "cantik di mata, cantik di hati". Of course lah tampil anggun gituh...

BUT, guess what...?

Bila dia masuk je bilik seminar tu - dia telah memelesetkan jangkaan kami [ayat apakah ini??]. Dia muncul dengan berjubah hitam plain - head to toe and without secalit mekap pun. Ya, sangat simple. Tapi totap cantek. Peserta plak yang menang sebab bermekap tebal-tebalan mengalahkan selebriti. Hihi.

Kagum dan mengkagumkan.

Plain but gorgeous! Ni la imej Wardina yang sebenar.

Dan kitorang bertambah kagum dengan kesungguhan dia berdakwah dalam ceramahnya.. Jelas lagi nyata dia tetap dan teguh dengan imejnya sekarang. Jauh berbeza dengan imej seksinya dulu tu. Siapa sangka kan.. Dan dalam ceramahnye tu dia cakap dia pernah lari rumah [masa era modelling], frust giler putus dengan boyfriend etc. Sekarang... Nampak dia dah bahagia dengan hidupnya. Dan dia tersangatlah motherly. Anak-anak jadi keutamaannye.

Bergambo dengan selebriti harus la frame.. :P Mr.Zaidi pun enter the frame.

Banyak ilmu yang dikongsikan.. Dan sangat best ceramahnya, very energetic. Memang dia aktif berceramah topik Islam dan wanita. All the best to her.. Ni baru betul selebriti idol kan =)

June 19, 2011

Untuk Abah



SELAMAT HARI BAPA
Buat insan yang bergelar ABAH..

Terima kasih atas segalanya.. Pengorbananmu tak terbalas sampai bila-bila. Moga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindunganNya.. Amin. Sayang Abah!

Ayahandaku, Hj. Mohd Yunus dan bapa mertuaku, En. Abd Rafi.

~King of my heart~

June 18, 2011

NUR Wajah


Sape yang tak kenal Sham Kamikaze kan? Guitarist handal Malaya. Mesti ramai yang dah tahu perubahan Sham yang terkini.. Perubahannya ke jalan yang diredhai, Alhamdulillah.

Sebelum tengok perubahannye tu aku cuma dengar cerita je yang die dah berubah - belum nampak jelas lagi ape yang berubah. First time aku tengok his latest appearance masa jadi juri konsert AF9 few weeks ago. My first reaction - Eh.. nampak lain lah muke die.. Bersih dan tenang je.. Kalau siapa yang tengok Sham masa tu tunduk-tunduk je bila turn dia bagi komen pada Lena dan Fina - nampak sangat dia cuba jaga pandangannye. Kagum la tengok dia.. Allah SWT bagi hidayah dan petunjuk untuk dia berubah. Dalam artikel akhbar metro dia bagitahu antara penyebab perubahan tu dia bersalam dengan Imam Satu MasjidilHaram, Imam Sheikh Abdul Rahman.. Yelah bukan senang dapat bersalam dengan Imam yang antara terbaik di dunia. Orang yang ke Mekah bersolat di MasjidilHaram [rindunya!] pun belum tentu dapat berjumpa, apetah lagi nak bersalam. Tapi Sham dapat semua tu bila Imam tu datang ke satu masjid kat Perlis [if i'm not mistaken] dan Sham pun kebetulan ada di situ.. Macam Imam tu yang "datang" pada dia kan.. Subhanallah.. Beruntungnya Sham Kamikaze.

Dulu..
Kini.. **Pics from FB Sham.
Nampak kan perubahan wajahnye? Berseri sungguh! Dalam artikel tu gak menurut Sham sebelum ni aksesori perhiasan die mengalahkan aksesori wifenye.. subang, cincin, rantai.. Complete set lah orang kata. Sekarang ni dah tak pandang dah benda tu.. He is totally different. And of course orang yang paling happy adalah isterinye.. - his wifey sangat cantik :) dan doa seorang isteri dah pun dimakbulkan.. Mudah-mudahan perubahannya berkekalan..

Peringatan untuk diri ini jua..

June 12, 2011

Tea Time - Say Cheese!


Tetiba feeling tekak western datang.

Terus menghasilkan cheese cake for tea time. Plus peaches - unbaked version. Wah cakap pun dah feeling omfutih haa.. Menu sekali-sekala. Kalau berkali-berkala akan memuakkan dan menggemokkan. Uiks?!

Ciplak logo Suria KLCC - kate mr.hubby :D

Sliced peaches on top..

..and minced peaches inside.

Memang purposely menggandingkan peach - takmo plain cheese cake sebab mr.hubby bukannye pencinta cheese tegar macam daku. Muak katenye. Dan purposely jugek daku gunakan loyang 20cm so cheesy layer tu tak lah menebal sangat.

So so tempting!
*Pics taken by mr.hubby. Tq laling :) Bakat ade, cuma DSLR je takde hihi! :P

~~Smile and say cheese :)

June 09, 2011

Kalau Dah Takot


Dah jenuh bersihkan sawang blog ni - baru nampak entri baru :D

Masih lagi mengenai baby. And this time refers to the human baby. Dumped babies. Sangat mendukacitakan (T__T)

[The article was published few months ago, and for sure the numbers are rising up now]

Mana hilangnya kewarasan?? Owh yelah, dah buat benda haram bukannye waras pon!

"..they dumped because they were afraid of what their family and friends might say."
Eh dengan Tuhan kau tak takottt??

Al-fatihah kepada bayi-bayi suci yang meninggal dunia.. Ke syurgalah tempatnya pasti.

 

MzMy Zone Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez