Yang ke-33 tahun. Syukur masih bernafas hingga ke saat ini.
Bermula tahun ni dan tahun yang seterusnya aku kena biasakan diri tak akan menerima lagi ucapan selamat hari jadi dari insan yang telah melahirkan diri ini 33 tahun yang lalu.. the one and only, MAK. Selama ini Mak akan menghantar sms atau call hanya untuk mengucapkan selamat hari jadi dan selama ini pun Mak lah yang akan mengingatkan hari jadi abah dan adik-adik. Walaupun sebenarnya memang aku ingat bila tarikh-tarikh tu - lagi pun dah siap set reminder dalam calendar handphone.. Tapi itulah Mak. Mak risau kalau kami semua terlupa tarikh istimewa tu.
Rindunya nak tengok incoming call perkataan "Mak" tertera pada skrin handphone.. Rindunya nak dail nombor hphone "Mak" atau send message padanya. Rindu rindu rindu.. Ya Allah, Kau lebih menyayanginya.
Hanya sms terakhir dari Mak yang masih tersimpan dalam handphone menjadi kenangan.. sms balasan dari Mak lepas aku ucapkan selamat hari jadi buat Mak yang ke 58 tahun pada 10 Oktober lalu.. Perfect 10. Rupa-rupanya itulah sambutan hari jadi Mak yang terakhir.. Itulah juga wish yang terakhir dari kami adik-beradik. Semuanya jadi kenangan.
Terima kasih Mak kerana melahirkan dan membesarkan kami... Allah SWT jua yang dapat membalasnya.
...Doa dari anak-anakmu : Muazfar, Muzamir, Muzafirah, Muzaimah, Muazam.
Tak terluah dengan kata-kata. Kesedihan masih kuat menyelubungi. "Selamat Hari Jadi Jai"
6 komentar:
Nangis bace entry ni Kakyong.. ;-( Semoga kita bertabah hati. Rindu sangat kat Mak.. Selamat Hari Jadi.. ;-(
Kehilangan amat dirasai ;(
sedey aku baca...hope ko n adik2 tabah menempuh ari2 mendatang jai..alfatihah utk allahyarhamah
thanks ijak.. insyaAllah.. memang perit tp semua ketentuanNya.
Aku sangat cedih baca posting hang yang ni..alfatihah
aku lg la cedih fren.. menaip sambil nangis ;( rindu teramat!
Post a Comment